Penuntut UUM Putus Kaki Terkena Kipas Bot Di Caribbean
Penuntut UUM Putus Kaki Terkena Kipas Bot Di Caribbean
ALOR SETAR: Seorang penuntut Ijazah Pengurusan Pelancongan di Universiti Utara Malaysia (UUM), yang sedang menjalani latihan menyelam di Dive Division Curacao di Caribbean, putus kaki kanan selepas terkena kipas bot dalam kejadian pada Rabu lalu.
Mangsa, Nur Nabilah Mohd Azhar, 25, kini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di Hospital Curacao, Venezuela. Menurut bapa mangsa, Mohd Azhar Zakaria, 58, kaki kanan anaknya itu terpaksa dipotong manakala lengan kanannya pula retak.
Dia terkejut sebaik mengetahui kejadian itu daripada isterinya yang memaklumkan anak mereka kemalangan pada jam 11 malam (waktu tempatan). “Saya sampai, dia (isteri) menangis. Saya kata habis lah anak aku. Ya Allah, dia kata anak kita habis, kaki dia hancur dah kena kipas. Saya kata Ya Allah, lepas tu saya cuba bagi dia tenang, kalau kita menangis air mata darah pun tak boleh buat apa benda dah jadi dah. Cuma kita berdoa bagi dia selamat,” katanya ketika di temui Astro AWANI di sini.
Sementara itu isterinya Nor Manira Khalib, 57, berkata dia mengetahui kejadian sebaik menerima panggilan dari kenalan anaknya di sana yang dikenali sebagai “Seal”. Ketika kejadian anaknya sedang melatih dua doktor warga asing teknik menyelam sebelum kaki kanannya terkena kipas bot.
Dia dan suami berharap dapat berlepas ke negara itu namun tidak mempunyai wang yang mencukupi yang mencecah hampir RM40,000. “Kami hendak tahu kesihatan dia, keadaan dia macam mana. Asyik tanya daripada sana macam mana dari semasa ke semasa, tanya dia minta gambar apa semua, setiap waktu,” katanya.
Kejadian menimpa Nur Nabilah ini turut mendapat perhatian Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Dr Hendrik Lamsali yang mengunjungi rumah keluarga penuntut itu di Kampung Alor Janggus, hari ini. Dr Hendrik berkata, pihaknya bersetuju untuk menanggung perbelanjaan ibu bapa Nur Nabilah dan seorang pengiring dari UUM ke Carribean untuk melihat keadaan penuntut berkenaan.
Tambahnya, Nur Nabilah adalah penuntut tahun akhir di UUM dan dimaklumkan sudah pun ditawarkan pekerjaan dalam bidang berkenaan di sana. “Sekarang ini kita tumpu dia punya recovery , kemudian tengok macam mana, kalau doktor kata ok, boleh balik Malaysia dan kita akan bawa balik.
“Kita pun berhubung dengan embassy di sana, dengan embassy Venezuela pun sudah, dengan Wisma Putra pun sudah, dengan pihak insurans pun kami telah berhubung. Banyak perkara sudah buat. Di UUM satu task force, jawatankuasa khas kita dah buat,” katanya lagi.-AA
Penuntut UUM Putus Kaki Terkena Kipas Bot Di Caribbean
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Air terjun Lata Berangin deras menggerunkan (Video)
- Amaran hujan tahap bahaya di 8 negeri hingga Ahad ini
- Kelah merah RM3,100 rezeki pasca banjir
- Anzalna sebak ganti Siti Sarah
- Waspada dengan kecurian data daripada RFID
- Taufan badai Malaysia bukan lagi lawak, waspadalah
- Banjir Pahang: Timbunan kayu bukan sisa balak
- Padah tumbuk muka isteri hingga koyak hidung
- Banjir, 10 jam duduk atas bumbung dengan kucing dan ular sawa
- Tertinggal isteri selepas isi minyak (Video)
- Hishammuddin ucap penghargaan buat Sharifah Shahirah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET