TMJ titah agensi, pejabat daerah siap siaga
JOHOR BAHRU – Kesemua agensi berkaitan dan pejabat daerah di Johor diarah untuk bersiap siaga serta bertindak pantas dalam usaha penambatan banjir susulan laporan ramalan awal banjir yang dijangka berlaku pada 1 Januari ini.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, baginda sentiasa memantau situasi di Johor dan akan memastikan segala bantuan dihulurkan kepada rakyat yang terjejas.
“Johor dijangka akan menghadapi banjir mulai 1 Januari.
“Saya telah mengarahkan pejabat-pejabat daerah dan agensi-agensi berkaitan serta Southern Volunteers (SV) untuk bersiap sedia dalam usaha penambatan banjir dan juga menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir,” titah Tunku Ismail menerusi hantaran yang dimuat naik di Twitter rasmi baginda pada Khamis.
Tunku Ismail bertitah, SV digerakkan untuk membantu pejabat daerah dan agensi berkaitan dalam memastikan tiada mangsa banjir yang ketinggalan mendapatkan bantuan.
“Saya doakan ALLAH memberkati dan melindungi kita semua dalam menghadapi banjir. ALLAH Peliharakan Sultan,” titah baginda.
Ramalan awal banjir di Johor mulai 1 Januari melibatkan kawasan berisiko banjir di sekitar Sungai Mersing, Sungai Endau, Sungai Johor, Sungai Skudai dan Sungai Tebrau. – Bernama
TMJ titah agensi, pejabat daerah siap siaga
Baca Artikel Menarik:
- Air terjun Lata Berangin deras menggerunkan (Video)
- Amaran hujan tahap bahaya di 8 negeri hingga Ahad ini
- Kelah merah RM3,100 rezeki pasca banjir
- Anzalna sebak ganti Siti Sarah
- Waspada dengan kecurian data daripada RFID
- Taufan badai Malaysia bukan lagi lawak, waspadalah
- Banjir Pahang: Timbunan kayu bukan sisa balak
- Padah tumbuk muka isteri hingga koyak hidung
- Banjir, 10 jam duduk atas bumbung dengan kucing dan ular sawa
- Tertinggal isteri selepas isi minyak (Video)
- Hishammuddin ucap penghargaan buat Sharifah Shahirah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.