Selepas bayi maut, ibu pula menyusul

Selepas bayi maut, ibu pula menyusul

Papar: Ibu kepada bayi yang maut dalam kemalangan di Kilometer 40, Jalan Kimanis – Keningau, malam tadi, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Papar.

Wanita terbabit yang duduk di bahagian hadapan sambil memangku bayinya yang berusia setahun dilaporkan tercampak keluar selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra terbabas.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, siasatan awal mendapati keluarga dari Keningau menuju ke Papar.

Katanya, ketika menuruni jalan bukit berselekoh dalam keadaan hujan lebat dan pemandu yang juga suami mangsa berusia 40-an, dikatakan gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan merempuh bukit

“Kenderaan dilaporkan berpusing berapa kali sehingga mengakibatkan bayi yang berada di pangkuan ibu tercampak keluar.

“Akibat kemalangan berkenaan, bayi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu mangsa yang parah dihantar ke Hospital Papar,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Batholomew berkata, wanita itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Papar.

Katanya, pemandu bersama dua lagi mangsa iaitu kanak-kanak berusia 12 tahun dan wanita berusia 20-an turut mengalami kecederaan dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni jalan bukit berselekoh.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. HM

Selepas bayi maut, ibu pula menyusul


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker