PAS masih mahu bersama MN, dan tetap dengan PN
SIK – Pas berusaha memperkukuhkan kerjasama bersama UMNO melalui Muafakat Nasional (MN) termasuk kerjasama dengan parti-parti lain di dalam Perikatan Nasional (PN).
Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad berkata, prinsip pihaknya masih tidak berubah dan perjumpaan sentiasa diadakan bersama kepimpinan UMNO bagi membincangkan kerjasama kedua-dua parti itu.
Menurutnya, hanya Pakatan Harapan (PH) sahaja yang mahu melihat kerjasama dua parti Melayu dan Islam itu gagal mencapai kata sepakat untuk bekerjasama.
“Memang setakat sekarang, kita kukuhkan Muafakat Nasional. Perikatan Nasional pun kita kukuhkan. Yang tak nak dikukuhkan ini adalah Pakatan Harapan, (mereka sahaja) tak mau, PH memang dia tak nak (UMNO dan Pas bekerjasama).
“Benda itu (pertemuan serta) perbincangan berjalan berterusan walaupun tidak formal seperti minum teh, tetapi ia berterusan,” katanya pada sidang akhbar ketika ditemui selepas sesi dialog bersama guru-guru pondok seluruh Kedah, di Pondok Tuan Guru Haji Salleh, Sik pada Khamis.
Mengulas lanjut, Idris berkata, perjumpaan Pas dan UMNO di peringkat negeri-negeri juga akan diadakan untuk membincangkan persiapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).
Pada Rabu, Pas Kelantan menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh pertemuan dengan UMNO Kelantan bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti itu dalam MN.
PAS masih mahu bersama MN, dan tetap dengan PN
Baca Artikel Menarik:
- Air terjun Lata Berangin deras menggerunkan (Video)
- Amaran hujan tahap bahaya di 8 negeri hingga Ahad ini
- Kelah merah RM3,100 rezeki pasca banjir
- Anzalna sebak ganti Siti Sarah
- Waspada dengan kecurian data daripada RFID
- Taufan badai Malaysia bukan lagi lawak, waspadalah
- Banjir Pahang: Timbunan kayu bukan sisa balak
- Padah tumbuk muka isteri hingga koyak hidung
- Banjir, 10 jam duduk atas bumbung dengan kucing dan ular sawa
- Tertinggal isteri selepas isi minyak (Video)
- Hishammuddin ucap penghargaan buat Sharifah Shahirah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET