Disaman 51 kali dalam masa sehari

Barrett bersama salinan surat saman yang diterima melalui e-mel daripada majlis daerah. – SWNS

LONDON – Seorang lelaki yang memandu di laluan khas sebuah kawasan kediaman menerima 51 surat saman dalam masa sehari atas kesalahannya dengan jumlah perlu dibayar mencecah £6,000 (RM33,642).

Menurut laporan akhbar Daily Star, John Barret berkata, dia terkejut kerana menerima 51 e-mel saman daripada majlis daerah atas kesalahan sama dan ia dikeluarkan pada hari serupa.

Tambah Barrett, dia sudah melalui jalan tersebut bagi tempoh lima bulan sebelum longgokan saman dikenakan dalam masa yang sama.

“Saya tidak faham mengapa perlu keluarkan sehingga 51 surat saman untuk kesalahan serupa dan pada hari sama sedangkan saya sudah menggunakan laluan itu sejak lima bulan lalu.

“Malah, saya sebenarnya mempunyai permit untuk melalui jalan tersebut, jadi mendapat 51 surat saman adalah sesuatu yang sangat mengarut,” kata Barrett.

Lelaki itu terpaksa membalas setiap e-mel yang diterima untuk mempertikaikan denda itu kerana dia mendakwa Majlis Daerah Hounslow tidak akan melayan respons secara sekali gus.

Bagaimanapun, sehingga kini, dia masih belum menerima sebarang maklum balas daripada majlis itu mengenai saman yang dikenakan ke atasnya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker