Tidak perlu sekat umrah, tingkat protokol perjalanan – Pakar
Tidak perlu sekat umrah, tingkat protokol perjalanan – Pakar
Tiada keperluan untuk kerajaan menyekat aktiviti umrah susulan majoriti kes positif COVID-19 varian Omicron disahkan dari Arab Saudi.
Sebaliknya, Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin berpandangan protokol perjalanan pengembara perlu diteliti semula.
Ujarnya, ia termasuk mengetatkan proses kuarantin seperti ditempatkan pengembara dari negara berisiko di pusat-pusat kuarantin.
“Mungkin kita boleh melihat kembali beberapa protokol perjalanan keluar masuk negara dan memberi perhatian serius terhadap varian Omicron ini.
“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) boleh memberi perhatian berkait penguatkuasaan kuarantin wajib.
“Jadi, mana-mana individu yang memasuki negara, bukan sahaja melibatkan jemaah umrah, tetapi juga melibatkan pengembara yang masuk ke negara ini perlu dikuarantin wajib,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata tempoh kuarantin tersebut boleh disenaraikan sekali dalam pakej umrah, selain ia dilihat lebih memudahkan jemaah sekali gus mengurangkan risiko kes ingkar SOP kuarantin.
“Ia (kuarantin) boleh dimasukkan dalam pakej umrah kerana apabila ia sudah dimasukkan dalam pakej umrah, ia tidak akan menjadi satu isu yang besar.
“Tidak lagi berlaku isu-isu sebelum ini di mana ada pengembara yang terlepas pandang, terlepas balik ke rumah.
“Kita tidak mahu orang ramai mengatakan bahawa aktiviti umrah menjadi punca Omicron meningkat kembali pada 2022,” katanya. Awani
Tidak perlu sekat umrah, tingkat protokol perjalanan – Pakar
Baca Artikel Menarik :
- Lagu ciptaan Faizal dirakam semula bintang pop China
- Jebat JD, pegawai polis disiasat dedah maklumat tangkapan Long Tiger
- Banjir serentak mulai Jumaat ini dijangka di Pantai Timur
- Shahidan sindir yang minta i-Citra tak turun pun bantu
- Rider Terbang Dilanggar Honda CR-V (Video)
- Lelaki dikecam susahkan pengusung keranda (Video)
- Curi RM25 juta: Pegawai kanan SPRM ditahan di penjara
- Hugo Maradona meninggal dunia setahun selepas Diego
- Jual kereta terpakai dengan harga RM1
- Isteri Atu Zero Geram Servis AirAsia Teruk?
- Suri rumah dicabul dekat parkir kereta Tamarind Square
Layari Laman Facebook MYKMU</a