Penarikan tauliah hanya ujian Allah, kata Dusuki

Pemimpin PAS, Ahmad Dusuki Abdul Rani menyifatkan langkah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menarik balik serta menamatkan tauliah mengajar kepada aktivis politik hanya melebarkan lagi jurang di kalangan umat Islam.

Malah, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu berkata, tindakan sedemikian hanya akan memecahbelahkan umat Islam selain mengembirakan musuh.

“Jurang sesama mukmin ini semakin melebar dan umat Islam semakin tidak menyatu apabila tindakkan seumpama ini di lakukan.

“Rahmat Allah tidak akan turun di kala tiada kesatuan di kalangan mukmin.

“Yang nyata musuh-musuh umat Islam bergembira di atas perbalahan di kalangan sesama mukmin,” katanya kepada Malaysiakini.

Dusuki, yang pernah mendapat tauliah mengajar daripada Mais, mengulas langkah Selangor menarik balik tauliah mengajar agama untuk aktivis politik.

Semalam, Mais mengumumkan, tauliah itu ditarik balik berkuat kuasa 31 Dis.

Pengerusi Mais Abdul Aziz Yusof, berkata keputusan itu bagi menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, agar Islam tidak dipolitikkan dan menjadi bahan politik oleh mana-mana pihak, terutama di masjid dan surau.

Bagaimanapun, exco agama Islam Selangor masih boleh menyampaikan pengajaran dengan syarat tidak menyentuh hal berkaitan politik.

Mengulas kesan penamatan tauliah itu kepada kepimpinan PAS yang dilihat paling terkesan, Ahmad Dusuki yang juga pendakwah bebas berkata apa yang berlaku itu hanyalah ujian dari-Nya.

Namun, Ahmad Dusuki berkata dalam dunia serba canggih hari ini pelbagai cara dapat dibuat bagi menyampaikan dakwah.

“Setiap ujian dan mehnah ada pahala yang Allah sediakan.

“Kerja-kerja dakwah tetap jalan dengan banyak cara yang ada di zaman teknologi ini. Semuanya di nilai di sisi Allah SWT,” katanya.

 

Politik Islam lwn politik sekular

Mengulas lanjut langkah penamatan tauliah itu, Ahmad Dusuki berkata Mais seharusnya memberikan fokus ke arah mengimarahkan rumah-rumah Allah agar umat Islam tidak terus menjauh.

“Bagi kami, fokuskan ke arah pengimarahan masjid di musim pendemik yang melengangkan masjid semenjak dari dua tahun kebelakangan ini dari menjauhkan masyarakat dekat kepada Allah.

Dia juga menjelaskan terdapat perbezaan antara politik islam dan politik sekular.

“Kena ada perbezaan antara politik Islam dan politik sekular, (kena ada perbezaan antara) politik yang diajar oleh Rasulullah SAW dan politik yang diajar oleh musuh.

“Politik Islam ajarlah kepada masyarakat,” katanya

Penarikan tauliah hanya ujian Allah, kata Dusuki


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan

Related Articles

One Comment

  1. Saya ingin tahu kenapa susah sangat kersjaan & kwsp utk benarkan pencarum kluarkan Wang mereka, itu hak kami belum tentu saya akan hidup sampai 65. Mereka duit banyak dlm poket, atas almari, celah dasbboard ada duit bahkan anak2 dia yg 5tahun syiling 50 sen pun tk nk ambil tp kertas warna merah je. Beli barang hutang, sedap je bila org yg kaya bercakap, tkda akta lah, mana bakul makan an tk sampai pun. I telur satu sarang. Kali 3 telur 10 biji, garam paket besar, beras 5kg itu je, skrg lansung tkda cerita2 lepas PRU Melaka?

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker