Beratur panjang beli ayam seekor RM4
Beratur panjang beli ayam seekor RM4
PARIT: Ayam segar yang dijual pada harga serendah RM4 seekor menjadi rebutan pembeli pada program Kedai Bergerak Negeri Perak di Dataran Pekan Parit di sini hari ini.
Pelanggan perlu membuat pembelian barangan keperluan harian di Kedai Bergerak melebihi RM25 untuk membolehkan mereka membeli ayam pada harga RM4 seekor.
Seorang pembeli, Yatiliza Ahmad, 62, berkata, dia terkejut apabila melihat seekor ayam dijual pada harga RM4 dan apabila bertanya kepada penjual, dia perlu membeli barang keperluan di Kedai Bergerak terlebih dahulu.
“Saya hanya tahu ada jualan di Kedai Bergerak dan mereka kata harganya murah, jadi saya datang dengan kawan dan beli sardin, susu pekat, roti kering, tepung, gula dan minyak masak.
“Kemudian, saya lihat ada ayam dijual RM4 seekor, jadi, saya terus beli kerana ia amat murah. Harga ayam sekarang mahal kalau seekor mahu dekat RM20.
“Saya dapat beli beberapa barang makanan dan seekor ayam, semuanya tak sampai RM30. Kalau seekor ayam boleh tahan seminggu untuk saya masak dan makan sorang,” katanya ketika ditemui pemberita.
Seorang lagi pembeli, Adnan Zainal Abidin, 57, berkata, dia membeli dua ekor ayam dengan harga RM8 kerana dia membeli barangan di Kedai Bergerak melebihi RM60.
Katanya, potongan harga yang ditawarkan pada program itu membantu mereka yang kurang berkemampuan terutamanya ketika ini ekoran kenaikan harga barang yang membebankan.
“Saya beli banyak juga barang di kedai bergerak ini dan jumlahnya lebih RM60 selepas diberi diskaun, kemudian mereka cakap boleh beli dua ekor ayam dengan harga RM8.
“Saya dapat juga jimat berbelanja dan bagi program seumpama ini perlu diteruskan kerana ia benar-benar membantu kami yang bukanlah senang mana,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Khairudin Abu Hanipah berkata, program Kedai Bergerak itu merupakan inisiatif kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sebagai usaha untuk membantu masyarakat khususnya di luar bandar untuk mendapat barang keperluan harian dengan harga berpatutan.
Menurutnya, semua barang yang dijual ditawarkan diskaun sebanyak lima peratus oleh pihak Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).
“Kali ini saya menawarkan 10 peratus potongan harga dan lima peratus daripada YBU, jadi jumlahnya 15 peratus dan ini boleh membantu masyarakat mendapatkan keperluan barang harian mereka dengan harga lebih murah,” katanya.
Mengenai sambutan jualan ayam pada harga RM4 seekor, Khairudin berkata, pihaknya terpaksa menambah bekalan ayam untuk jualan kedai bergerak bagi bulan ini ekoran mendapat sambutan hangat pada bulan lalu.
“Kalau bulan lalu ayam yang dibekalkan oleh pembekal tidak mencukupi apabila 300 ekor habis dijual, kali ini saya maklumkan pada pihak terlibat supaya membuat penambahan ayam kerana saya khuatir mereka yang membeli barangan dengan harga RM25 ke atas tidak dapat membelinya kerana ayam sudah habis
“Hari ini saya difahamkan mereka menyediakan bekalan ayam mencukupi sebanyak 400 ekor, saya harap ia cukup untuk penduduki di sekitar Parit membeli ayam pada harga RM4 seekor dengan pembelian barangan RM25 ke atas,” katanya. Utusan
Beratur panjang beli ayam seekor RM4
Baca Artikel Menarik :
- Lagu ciptaan Faizal dirakam semula bintang pop China
- Jebat JD, pegawai polis disiasat dedah maklumat tangkapan Long Tiger
- Banjir serentak mulai Jumaat ini dijangka di Pantai Timur
- Shahidan sindir yang minta i-Citra tak turun pun bantu
- Rider Terbang Dilanggar Honda CR-V (Video)
- Lelaki dikecam susahkan pengusung keranda (Video)
- Curi RM25 juta: Pegawai kanan SPRM ditahan di penjara
- Hugo Maradona meninggal dunia setahun selepas Diego
- Jual kereta terpakai dengan harga RM1
- Isteri Atu Zero Geram Servis AirAsia Teruk?
- Suri rumah dicabul dekat parkir kereta Tamarind Square
Layari Laman Facebook MYKMU</a