Khabarnya BN Akan Bentuk Kerajaan Baru Bersama Warisan
Oleh Nurul Aisyah
DESAS desus bertiup kencang bahawa Barisan Nasional (BN) bakal membentuk kerajaan baru di Sabah bersama Parti Warisan Sabah (WARISAN). Difahamkan WARISAN dan BN sedang memuktamatkan kerajaan bersama tersebut.
Menurut penganalisis tempatan, kedua-dua pihak sedang dalam penentuan siapa yang akan menjadi Ketua Menteri Sabah. Nama yang dicadangkan adalah
1. Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin dari Barisan Nasional
2. Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie bin Apdal dari Warisan
Sekarang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menaungi Perikatan Nasional (PN), BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS), membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh majoriti mudah 38 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
WARISAN Plus terdiri daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) telah gagal membentuk kerajaan Sabah ketika PRN Sabah ke-16. WARISAN memperoleh 19 kerusi, DAP (6) manakala PKR dan UPKO masing-masing satu kerusi.
Untuk membentuk kerajaan negeri, parti bertanding atau parti-parti yang mahu membentuk kerajaan baru perlu mendapat sekurang-kurangnya 37 kerusi daripada 73 kerusi .
PRN Sabah ke-16 diadakan berikutan pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai lalu selepas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin meluluskan permohonan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Ketua Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Hajiji Noor, yang merupakan penyandang kerusi DUN Sulaman adalah Ketua Menteri Sabah ketika ini. Beliau bakal tersingkir dari jawatan tersebut apabila BN dan Warisan membentuk kerajaan baru kelak.
Artikel ini adalah pandangan penulis semata-mata.
You must be logged in to post a comment.