Shafee Persoalkan Hakim Buat Kesimpulan Najib “micro-managing” SRC

Oleh Nurul Aisyah

Muhammad Shafee questioned parts of the judgment that refereed to evidence the defence had previously contested such as the admissibility of certain photocopied documents, the authenticity of the Arab donations, and also how the judges came to a conclusion that Najib was micro-managing SRC International.- Malay Mail, 8 Dec 2021

RAKYAT Malaysia sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam berhubung kes Datuk Seri Najib Tun Razak(DSN). Namun begitu penghakiman oleh mahkamah mesti dihormati dan diterima. Dalam masa yang sama, rakyat melihat banyak perkara masih menjadi tanda tanya.

Menurut sumber yang viral di media sosial, DSN menjadi mangsa penganiayaan politik yang dirancang oleh Mahathir dan Pakatan Harapan(PH) serta dibantu oleh Perikatan Nasional(PN). Malah mereka melihat bagaimana manipulasi bukti dan saksi berlaku sehingga DSN tidak mendapat pengadilan yang sewajarnya.

Semalam, Peguam DSN, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempersoalkan bahagian penghakiman yang merujuk kepada keterangan yang diberi oleh pihak pembelaan sebelum ini seperti kebolehterimaan dokumen tertentu yang difotostat, kesahihan derma Arab, dan juga bagaimana hakim membuat kesimpulan bahawa Najib adalah pengurus mikro SRC International.

“Datuk Seri Najib adalah perdana menteri dan menteri kewangan, dengan lebih 85 syarikat di bawah sayap Menteri Kewangan Diperbadankan, jadi bagaimana beliau boleh menguruskan sesiapa sahaja, itu adalah kesilapan yang ketara dan jelas,” kata Shafee.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee berkata sebagai peguam, penghakiman oleh mahkamah mesti dihormati dan diterima.

“Kami menerima dengan hormat keputusan mahkamah, tetapi tidak ada peruntukan mengatakan kami tidak boleh mengkritik keputusan mahkamah, dan untuk memberikan alasan yang kami bincangkan, tanpa pelanggaran berkenaan penghinaan mahkamah,” tambahnya.

Mungkinkah penghakiman Mahkamah Rayuan semalam menyebabkan rakyat Malaysia hilang kepercayaan terhadap institusi perundangan? Dan yang lebih memalukan lagi, adakah dunia sedang mentertawakan mahkamah kita?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker