65 pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya disyaki positif Covid-19

65 pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya disyaki positif Covid-19

Seramai 65 pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dekat sini dilaporkan positif Covid-19.

Mereka dikatakan terdiri pelajar Tingkatan Satu dan Dua dengan kesemuanya telah dikuarantin di MAEPS, Serdang.

Menurut Twitter Radzi Jidin Comms, ini kali pertama pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) dijangkiti Covid-19 seramai itu dan mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan.

“Akan update (kemaskini) dari semasa ke semasa,” katanya di Twitter.

Pada masa sama, media sosial juga memuat naik gambar Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin yang melawat sekolah berkenaan malam ini.

Sementara itu, pengguna Twitter mendakwa sebanyak 170 pelajar dipercayai kontak rapat sedang menjalani kuarantin.

Ada netizen yang memuatnaik komen kecewa kerana mendakwa pihak pengurusan sekolah tidak memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa pelajar terbabit.

“Daripada dua orang yang positif, 170 kuarantin, naik kepada 65 orang positif dan dibawa ke MAEPS..sekolah tidak maklum apa-apa kepada ibu bapa,” tulis @Aliffckin.

Seorang pengguna Twitter, @khairulefeeza pula menciap Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin supaya membuat tindakan susulan mengenai kes ini.

“@Khairykj. Minta jasa baik follow up (tindakan susulan) kes Covid-19 yang merebak dalam asrama Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. Bubble (gelembung) pendidikan kononnya dijamin selamat tapi kes sudah merebak dalam asrama,” tulisnya.

Sementara itu, Radzi dalam dalam hantaran video terbaharu di Facebooknya memberitahu kementerian menerima maklumat jangkitan kes Covid-19 bermula daripada seorang guru sebelum menjangkiti seorang lagi guru dan enam pelajar lain yang dipercayai kontak rapat.

“Enam pelajar yang positif ini ditempatkan di sekolah dan dipantau pihak sekolah. Seramai 121 kontak rapat telah dipotong gelang hari ini dan mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya. FMT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker