PM isytihar 3 Disember Hari Batik Malaysia
PM isytihar 3 Disember Hari Batik Malaysia
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan 3 Disember sebagai Hari Batik Malaysia bermula tahun ini.
Dalam ucapan khas disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) di saluran TV1 dan media sosial malam ini, beliau berkata kerajaan berharap pengisytiharan itu dapat menggalakkan seluruh rakyat termasuk pihak swasta dan masyarakat berbilang kaum untuk memakai pakaian batik Malaysia.
Katanya, usaha berkenaan bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia iaitu seluruh rakyat berbilang kaum bersatu hati dalam menggayakan keunikan dan keindahan batik tempatan.
“Saya percaya pengisytiharan hari tersebut juga dapat menjadi pemangkin kepada pemerkasaan industri kraf batik tempatan dan rantaian pengeluaran batik negara,” katanya menurut laporan Bernama.
Jelas Ismail pemilihan tarikh itu yang dipersetujui Jemaah Menteri pada 26 Nov lepas adalah sebagai tanda penghargaan atas sumbangan, sokongan dan minat dalam kraf batik ditonjolkan Allahyarhamah Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia Kelima, Abdullah Badawi.
Perdana Menteri berkata pada tarikh sama pada tahun 2003, Allahyarhamah telah memulakan sebuah gerakan ‘Malaysian Batik-Crafted for the World’ untuk membawa batik tempatan ke persada antarabangsa.
Dalam pada itu, Ismail turut mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelancongan dan Budaya (MOTAC) atas usaha jitu dalam merealisasikan hari bersejarah itu.
“Saya amat gembira menyaksikan usaha MOTAC melalui Kraftangan Malaysia dalam membangunkan industri kraf batik negara agar terus mampan dan berdaya saing dalam mendepani cabaran ekonomi global,” katanya. FMT
PM isytihar 3 Disember Hari Batik Malaysia
Baca Artikel Menarik :
- Najib sekolahkan Wan Saiful isu hutang
- Shahidan merungut tak dijemput turun ke padang
- Ismail turun padang, janji kurangkan beban rakyat
- Saya masih ada wang, 18 piala – TMJ
- Siapa ada gambar harimau jalan tersipu-sipu – Sanusi
- Pelakon Nynaa Harizal Kembali Taat Kepada Suami, Tak Jadi Cerai
- Tommy Thomas Admits Zeti Should Be Charged, So What Are We Waiting For?
- Hati penjaga gol KL City sudah ditawan
- 9 Tempat Menarik Di Pulau Tioman, Aktiviti & Tips Penting Untuk Anda Explore!
- Guru pun bimbang silibus darjah satu macam tingkatan satu
- DAP, PKR gaduh kenapa babitkan kami?
Layari Laman Facebook MYKMU