Ganti Kunci Dengan Sistem ‘Fingerprint’, Motosikal RX-Z Ini Curi Tumpuan Ramai
Ganti Kunci Dengan Sistem ‘Fingerprint’, Motosikal RX-Z Ini Curi Tumpuan Ramai
Setiap pemilik motosikal pasti pernah menghadapi detik-detik tertinggal atau kehilangan kunci sepanjang anda memiliki motosikal tersebut. Sudah pasti kejadian tersebut telah ‘memotong’ mood anda pada hari itu.
Baru-baru ini sebuah akaun Facebook Page ‘Tokan Helmet’ memuat naik satu video di mana ada sebuah bengkel berjaya mengubah suai Yamaha RX-Z dengan dilengkapi fungsi keselamatan cap jari sebagai pengganti kepada kunci motosikal tersebut.
Menurut pemilik motosikal itu, hanya cap jari yang telah diletakkan pada sistem pengesan sahaja yang boleh ‘membuka kunci’ untuk menghidupkan motosikal RX-Z tersebut.
Jika cap jari yang digunakan tidak ada di dalam sistem, pengesan cap jari itu akan mengeluarkan lampu berwarna merah. Apabila menggunakan cap jari sepadan dengan sistem, pengesan cap jari itu akan mengeluarkan lampu berwarna biru dan barulah motosikal itu boleh dihidupkan seperti biasa dengan kick-start.
Rata-rata pengguna media sosial yang melihat video tersebut berasa kagum dengan penambahbaikkan sistem keselamatan kreatif dan inovatif yang dibuat oleh pemilik bengkel terbabit. Menurut netizen, cara ini lebih selamat bagi mengelakkan motosikal daripada dipinjam oleh rakan-rakan.
Walaupun ianya kelihatan canggih, ada juga sebahagian netizen yang berkongsi kebimbangan andaikata jari pemilik mempunyai luka atau hilang, bagaimana pula cara untuk unlock motosikal tersebut.
Namun kami percaya dari pengubahsuaian yang kecil ini dapat ditambah baik dari masa ke semasa menjadi satu sistem keselamatan lebih baik. Siapa sangka satu hari nanti motosikal boleh dihidupkan juga menggunakan sistem pengimbas wajah (Face ID) pada masa akan datang. Vc
Ganti Kunci Dengan Sistem ‘Fingerprint’, Motosikal RX-Z Ini Curi Tumpuan Ramai
Baca Artikel Menarik :
- Najib sekolahkan Wan Saiful isu hutang
- Shahidan merungut tak dijemput turun ke padang
- Ismail turun padang, janji kurangkan beban rakyat
- Saya masih ada wang, 18 piala – TMJ
- Siapa ada gambar harimau jalan tersipu-sipu – Sanusi
- Pelakon Nynaa Harizal Kembali Taat Kepada Suami, Tak Jadi Cerai
- Tommy Thomas Admits Zeti Should Be Charged, So What Are We Waiting For?
- Hati penjaga gol KL City sudah ditawan
- 9 Tempat Menarik Di Pulau Tioman, Aktiviti & Tips Penting Untuk Anda Explore!
- Guru pun bimbang silibus darjah satu macam tingkatan satu
- DAP, PKR gaduh kenapa babitkan kami?
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.