Harga ayam, telur naik, kawal harga saja tak selesai masalah

Harga ayam, telur naik, kawal harga saja tak selesai masalah

Oleh Najib Razak

Saya bimbang dengan kenaikan berterusan harga ayam dan telur yang sudah cecah paras paling tinggi dalam sejarah.

Sejak bulan April lalu bawah kerajaan PN lama, saya telah beberapa kali memberi amaran bahawa kaedah kerajaan untuk mengawal harga – iaitu menggunakan akta kawalan harga atau mengimport dari negara-negara jiran adalah cara lapuk yang tidak akan menyelesaikan masalah.

Tetapi mereka tetap buat.

23 April: Harga ayam melambung kerana bangau
https://mykmu.net/2021/04/23/harga-ayam-melambung-kerana-bangau/

“22 Sept 2021: Kawal harga maksimum ayam kaedah ‘lapuk’, tak selesai masalah, kata Najib”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/22/kawal-harga-maksimum-ayam-kaedah-lapuk-tak-selesai-masalah-kata-najib/

Ayam dan telur merupakan makanan asas dan sumber protein utama bagi hampir semua Rakyat Malaysia tak kira bangsa atau agama.

Sebab itu, saya ulangi penjelasan dan cara penyelesaian yang sudah saya beberapa kali muat naik dengan harapan kerajaan akan laksanakan serta-merta untuk meringankan beban ke atas Rakyat yang masih terjejas dengan pandemik Covid.

Pada mulanya, punca utama ialah kos dedak yang naik melambung akibat impak pandemik Covid global.

Lalu diikuti oleh kekurangan pekerja di ladang sebab kerajaan telah hentikan pengambilan pekerja asing bagi industri ini dan menyebabkan kos pekerja naik.

Jika kita tidak menyelesaikan kedua-dua masalah ini maka harga ayam dan telur hanya akan terus menaik.

Memang benar bahawa dedak merupakan antara bahagian kos terbesar bagi harga ayam dan memang kenaikan harga soya dan jagung menyumbang kepada harga dedak.

Tapi bukan saja harga soya dan harga jagung naik tapi harga kebanyakkan komoditi pertanian dunia mencanak naik juga di seluruh dunia termasuk harga sawit akibat kekurangan stok setelah pengeluaran tergendala pada tahun lepas ketika seluruh dunia buat lockdown yang memanjang.

(Itulah sebab harga sawit naik mencanak juga. Bukanlah kerana usaha kerajaan PN dahulu).

Namun, Malaysia ada pilihan.

Kerajaan BN dahulu telah mengenakan cukai dunia runtuh (windfall tax) sebanyak 3% apabila harga minyak sawit melebihi RM3,000 satu tan (diturunkan ke RM2,500 oleh kerajaan PH dahulu).

Apabila harga sawit mula melepasi RM3,000 satu tan pada akhir tahun lepas, kerajaan PN sudah menjangka untuk mengutip cukai durian runtuh sebanyak RM500 juta.

Kini, harga sawit sudah melebihi RM4,300 maka hasil dari durian runtuh ini lagi besar.

Jika tak cukup, boleh naikkan kadar cukai dari 3% ke 5% ataupun 7% secara berperingkat mengikut paras harga sawit sebab ianya tidak memberi kesan yang besar kepada keuntungan pengeluar sawit di Malaysia sebab minyak sawit amat tinggi sekarang.

Sebab itu, keuntungan syarikat sawit gergasi seperti KL Kepong dan Sime Darby Plantations sudah meningkat sehingga 5 kali ganda lebih tinggi berbanding tempoh sebelum pandemik bermula.

Maka hasil dari cukai durian runtuh ini boleh digunakan untuk memberi subsidi untuk dedak ayam untuk menurunkan semula harga ayam selagi harga komoditi tinggi dan selagi ekonomi pendapatan dan kadar pengangguran belum memulih.

Subsidi gaji dari hasil cukai durian runtuh ini juga boleh digunakan bagi pekerja industri ternakan tempatan ini sekiranya kerajaan masih tidak membenarkan pengambilan pekerja asing.

Pada saya, ini adalah sangat adil sebab syarikat sawit memperolehi keuntungan berganda luar biasa atas tanah Malaysia maka ianya patut juga dikongsi dengan Rakyat Malaysia.

Kaedah durian cukai untuk membayar subsidi bagi dedak dan pekerja juga adalah satu sistem automatik.

Sebab apabila harga komoditi turun maka harga dedak turun.

Dan apabila harga komoditi turun maka durian runtuh ke atas sawit juga kurang dikenakan. Dengan itu, subsidi juga tidak perlu diberi atau boleh dikurangkan.

Ini satu-satu caranya sebab kaedah tradisional seperti kawalan harga atau membenarkan import ayam dari negara jiran tidak akan selesaikan masalah sebab harga dedak juga tinggi di negara-negara jiran – bukan saja di Malaysia.

Harga ayam, telur naik, kawal harga saja tak selesai masalah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker