Puteri Balqis dan Mia Sara Bertekak?

Puteri Balqis dan Mia Sara Bertekak?

Pelakon remaja Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis dikatakan mempunyai perselisihan faham berikutan Mia telah bertindak memberi pendapatnya secara terbuka mengenai kehidupan Balqis atau mesra disapa sebagai Aqish.

Pendapat Mia Cetus Perselisihan Faham
Isu tersebut bermula selepas Mia diajukan pertanyaan oleh seorang pengguna TikTok mengenai rakan seperjuangannya itu. Komen Mia, dia berpendapat tidak semua orang dibesarkan dengan keluarga yang beragama dan tidak perlu menyalahkan Balqis sekiranya menjadi sedemikian.



“Dia tidak dididik dengan gaya hidup Islamik sejak kecil, nak tegur silakan tapi jangan salahkan dia” komen Mia

Balqis Tegur Mia

Lantaran itu, Balqis yang terguris hati dengan kenyataan tersebut tampil memberi komen menerusi sebuah hantaran di laman Instagram. Menurut Balqis, dia berasa kecewa kerana kenyataan tersebut telah melibatkan ibu yang tercinta dan mengundang kecaman ramai terhadap mereka.

“Saya baru dapat tahu mengenai ini. Kenapa selebriti kanak-kanak ini Mia Sara menulis sesuatu yang buruk mengenai saya dan kehidupan saya di TikTok serta memberi komen secara terbuka kepada umum? Baiknya anda. Saya telah dimaki oleh ribuan orang selepas dia memberikan komen terhadap saya. Dari dalam lubuk hati saya, ia terlalu menyakitkan saya” tulis Balqis



Tidak berdiam diri, Balqis turut mempertahankan ibunya yang telah banyak berkorban dan membesarkan dirinya sejak kecil. Malah,dia juga menasihati Mia bahawa memakai hijab bukan ‘tiket’ untuknya memberikan kenyataan seperti itu ,selain memerlinya untuk membetulkan tatabahasa Inggeris terlebih dahulu.

“Orang yang anda kata itu adalah ibu saya. Satu-satunya wanita dan individu yang paling menyayangi diri saya dan tindakan itu adaalah menyebabkan luka yang sangat sukar untuk saya tanggung.

“Saya dibesarkan untuk tidak bercakap buruk atau sumpah seranah sesiapa sahaja walaupun ia sangat menyakitkan hati saya

“Saya tidak pernah dibesarkan menggunakan tudung sebagai alasan untuk bercakap perkara yang buruk di belakang media dan demi publisiti. Saya adalah siapa diri saya



“Dengan penuh rasa bangga dan hormat,sila betulkan dahulu tatabahasa anda sebelum bercakap buruk mengenai saya. Ibu saya merupakan pakar sebenar-benarnya untuk mendidik saya menggunakan bahasa Inggeris dengabn betul. Kami tak gunakan slang ‘rempit’ TikTok yang anda gunakan di TikTok dan Twitter,” katanya.

“Pakai tudung tidak memberikan anda akses percuma untuk bercakap buruk tentang orang lain. Agama tidak memberikan anda akses percuma untuk mendera orang lain. ‘Hebatnya’ cara anda menunjukkan peribadi di depan jutaan pengikut” tegurnya

Bagaimanapun, Mia menegaskan dia tidak bercakap buruk mengenai keluarga Balqis sebaliknya menasihati netizen untuk tidak menghakiminya.

“Ada saya cakap keluarga dia teruk? Saya cuma cakap jangan hakimi dia sebab tak semua dibesarkan dengan agama. Sebaliknya, tegurlah dia elok-elok,” jelas Mia



Menerusi carian terkini Murai.my, nama Mia ‘trending’ di Twitter berikutan pelbagai pendapat telah diberikan oleh netizen. Mr

Puteri Balqis dan Mia Sara Bertekak?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker