#PRNMelaka : Pengundi DUN Ayer Lima dirayu yakini BN
Oleh Wahida
Walaupun tinggal hanya beberapa jam lagi untuk tempoh berkempen PRN Melaka 2021 tamat, calon baru dan muda Dun Ayer Limau yang mewakili Barisan Nasional tidak membuang masa mengambil kesempatan merayu pengundi-pengundi agar yakin kepada BN yang secara tradisinya akan tetap membela rakyat, agama, bangsa dan negara.
Kemajuan yang pesat hari ini adalah hasil daripada kecekapan 60 tahun BN memerintah sehinggalah di PRU14 lalu, rakyat telah dibuai dengan janji-janji palsu Pakatan Harapan. Bukan saja ketika zaman PH prestasi ekonomi semakin merudum dan rakyat dihimpit kesusahan, kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui PPBM semakin parah dan ternyata gagal memperbaiki prestasi ekonomi negara.
Hanya setelah jawatan Perdana Menteri dikembalikan semula kepada BN/UMNO, rakyat mula mengecapi kemakmuran setelah stabiliti politik dapat dicapai.
Secara tradisinya akan tetap membela rakyat, membela agama, bangsa dan negara. BN juga tidak pernah lupa kepada kaum lain seperti Tionghua dan India sebahagian penduduk merayu beri kepercayaan. BN akan memayungi masyarakat. beri peluang dan percayalah bahawa BN tidak akan megecewakan masyarakat terus menyumbang dan membela kebajikan dan pendidikan. berharap pengundi-pengundi tetap beri sokongan