#PRNMELAKA2021: Arak Timah Bukan Isu Besar – PAS

Sebaran :

Oleh Megat Terawih

“Cuma ia boleh menimbulkan kekeliruan. Kita orang Melayu apabila disebut Timah tak nampak (beranggapan) bijih timah, tapi nampak (nama) manusia itu. Di situ timbul kekeliruan, tapi pada pandangan saya bukan isu besar kata Mohd Amar.

Itu antara kenyataan pemimpin tertinggi PAS yang juga dalam kategori ulama.

PAS sememangnya terkenal dengan dalil yang lemah (rekaan sendiri) dan kuat berdalih demi keuntungan sebelah pihak mereka.



Kini ‘Timah’ bukan lagi nama yang sinonim dengan Melayu tapi dalih terbaharu PAS, ianya adalah hanya nama logam.

Baru saja diuji dengan pangkat di dalam kerajaan persekutuan, banyak kenyataan pemimpin PAS dilihat celaru. Tiada lagi kedengaran slogan Negara Islam, Hudud dan yang seumpamanya diucapkan oleh pemimpin tertinggi PAS.

Di pilihanraya negeri Melaka calon PAS melarikan diri apabila ditanya dengan soalan jenama arak yang menimbulkan kerisauan umum tersebut.

PAS sekarang makmum kepada seluruh pemimpin PPBM dan bukannya merek sebagai imam.




Sebaran :

Leave a Reply