#PRNMELAKA2021: Anak Khalil Yaakob Antara Penerima Konsesi Pasir?
Oleh Megat Terawih
Bekas Yang di-Pertua Melaka, Tun Khalil Yaakob perlu menjawab isu yang tiba-tiba tular di semua medium media sosial berkenaan syarikat milik anaknya yang dikatakan memperolehi konsesi pasir di Melaka.
Lokasi, tempoh konsesi dan nilai tidak dinyatakan. Namun menurut sumber ianya agak lumayan.
Cerita ini timbul sudah lama namun ianya tidak menular kerana ‘isu pasir’ bukanlah suatu perolehan perniagaan melalui jalan gelap, ianya melalui proses yang digariskan oleh pihak berkuasa tempatan.
Ada pihak cuba mengelirukan dan menimbulkan persepsi jahat terhadap kerajaan BN sekarang kononnya projek ini adalah kategori skandal dan salah laku pentadbiran.
Namun tidak salah untuk mengetahui supaya tidak timbul rekayasa fitnah terhadap pemberian konsesi tersebut.
Khalil kena jawab, benarkah anaknya turut mendapat komsesi ini?