#PRNMelaka : Hanya di Tanjung Bidara – Ada zon larangan PH dan PN

Oleh Wahida

Penduduk di Tanjung Bidara telah melabelkan Kg Pasir Gembur, Kg Balik Batu, Kg Air Hitam Pantai dan Taman Bidara Palma sebagai Perkampungan Barisan Nasional. Mereka ingin memaklumkan bahawa di situ adalah kubu kuat BN/UMNO di Dun Tanjung Bidara.

Suasana sebegini bukan sesuatu yang pelik memandangkan sehingga PRU14 lalu, Dun Tanjung Bidara tidak pernah jatuh kepada mana-mana parti pembangkang sejak pilihanraya tanahair pertama kali diadakan. Dikatakan juga, di keempat-empat kampung tersebut terdiri daripada pengundi teramai di Dun Tanjung Bidara.

Setiap kali pilihanraya berlangsung, Dun Tanjung Bidara sememangnya dicabar parti lawan terutama dari PAS dan baru-baru ini sahaja PKR mencuba nasib, namun mereka tetap kalah.

Di PRN Melaka 2021 ini, situasi agak lebih sengit apabila Ahli Parlimen Masjid Tanah yang telah lari meninggalkan mereka, kini sengaja menawarkan diri bertanding di Dun Tanjung Bidara untuk mencabar Ketua Bahagian UMNO Masjid Tanah, Dato’ Rauf. Mas Ermie kini mewakili Perikatan Nasional setelah meninggalkan UMNO di mana ketika itu beliau mengetuai sayap puteri UMNO.

Segala alasan sebenar mengenai Mas Ermie yang lari meninggalkan UMNO setelah kalah pada PRU14 telah terbongkar. Rupanya namanya tersenarai di dalam SPRM yang mengaitkan mereka yang pernah menerima dana dari 1MDB. Bukan itu sahaja, ada sumber yang mengatakan SPRM juga menyiasat penglibatan beliau didalam menipu invois ketika beliau adalah Timbalan Menteri Pelancongan. Paling memeranjatkan apabila diketahui dana Puteri UMNO Malaysia juga telah lesap apabila beliau telah melarikan diri.

Kesemua kisah Mas Ermie sering disindir pemimpin-pemimpin UMNO, namun Mas Ermie tidak pernah menafikan atau berani mengambil tindakan undang-undang.

Penduduk di keempat-empat kampung di Tanjung Bidara juga telah menyindir di Facebook dan mesej kepada Mas Ermie dan calon PH sangat terang lagi jelas seperti berikut;

“Calon PN dan PH masuk kawasan ini pasti malu-malu alah… nak-nak si katak lompat calon PN. Nak bantu… orang kampung terima tapi pangkah tetap undi BN”

Bukan saja penduduk di Tanjung Bidara yang marah dan kecewa ke atas tindakan Mas Ermie yang dianggap sangat tamak untuk memegang kedua-dua jawatan Parlimen dan ADUN, malahan seluruh rakyat Malaysia berkongsi rasa yang sama.

Oleh itu, tidak salah malahan tepat sekali tindakan keempat-empat warga kampung ini menzahirkan pandangan mereka secara terang-terangan untuk tidak menyokong Mas Ermie. Semoga Mas Ermie dan calon dari Pakatan Harapan faham.

.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker