#PRNMelaka : Rakyat Melaka akan salah memilih sekali lagi?

Oleh Wahida

Mengapa Barisan Nasional beriltizam untuk pastikan kestabilan politik tercapai di Melaka pada 20 November nanti? Ramai yang masih tertanya-tanya terutama rakyat Melaka yang ingin mengetahui keutamaannya.

Di dalam satu program Diskusi Perdana BN yang dihadiri Pengarah Jentera Dato Mohamad Hasan dan Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Ali, topik kestabilan politik ini menjadi diskusi utama menerangkan betapa mustahaknya memastikan BN/UMNO diberat mandat sebagai parti teras untuk Melaka nanti. Tanpa sebuah parti yang berpengalaman dan mempunyai ‘track record’ seperti BN sebagai parti teras, kestabilan politik mustahil akan wujud.

Kenyataan itu bukan satu cakap kosong tetapi telah terbukti apabila negara diperintah Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional. PH bertahan hanya selama 22 bulan dan PN selama 18 bulan terbubar, kemudian dilantik Perdana Menteri dari BN. Sepertimana sindiran rakyat, undi sekali kita dapat 3 Perdana Menteri.

Apa yang berlaku sehingga kerajaan bertukar ganti 3 kali adalah disebabkan kerajaannya tidak stabil dan berlakulah lompat-melompat ahli-ahli parlimen, tawar-menawar dan mencuri ahli-ahli politik. Akhirnya rakyat menjadi mangsa dan prestasi ekonomi negara semakin merudum.

22 bulan kerajaan Pakatan Harapan, sarat dengan perebutan jawatan Perdana Menteri sehingga perkara-perkara yang melibatkan nasib rakyat terus terbiar. Manakala ketika Perikatan Nasional mengambil-alih pula, diteruskan kekalutan pentadbiran yang juga menggadai bukan saja ekonomi rakyat malahan nyawa rakyat juga turut diperjudikan.

Pada 20 November nanti, rakyat Melaka akan membuat pilihan tetapi Datuk Sulaiman ingin berpesan bahawa pada hari itu, rakyat sebenarnya akan memilih kerajaan dan bukan sekadar memilih calon. Amat penting bagi rakyat memilih sebuah kerajaan yang stabil untuk kemakmuran mereka juga.

Datuk Sulaiman berkongsi apa yang berlaku ketika 22 bulan PH mengetuai kerajaan Melaka di mana pelaburan asing hanya mampu dicapai sebanyak 350 juta berbanding ketika beliau mengambilalih pucuk kepimpinan, kerajaan yang diterajui BN telah berjaya meningkatkan pelaburan asing sebanyak 3.2 bilion dalam sektor pembuatan. Beliau sendiri tidak menjangkakannya tetapi maklumbalas yang diterima, pelabur asing ini sangat yakin kepada kerajaan yang diterajui kepimpinan dari BN.

BN juga telah berani membuat pembaharuan di dalam PRN Melaka kali ini dengan meletakkan lebih 86% muka-muka baru yang memiliki pelbagai latarbelakang kepakaran dan pengalaman yang mampu diyakini rakyat. Berbanding dengan parti-parti lawan, kebanyakannya adalah calon-calon ‘recycle’. Ada juga parti lawan terutamanya Perikatan Nasional yang tidak berani ketengahkan calon-calon mereka tetapi terpaksa menjaja muka Presidennya yang ternyata gagal ketika beliau adalah Perdana Menteri, sehingga terpaksa meletak jawatan.

Maka pesanan DS Sulaiman kepada rakyat Melaka, 20 November ini, bukanlah untuk memilih calon yang bertanding tetapi yang amat mustahak adalah rakyat akan memilih kerajaan. Oleh itu, rakyat Melaka janganlah silap dalam memilih. Jika tidak, apa yang berlaku selama 30 bulan lalu pasti akan berulang. Beringat dahulu pendapatan, Salah memilih tidak akan berguna. Kestabilan negeri diutamakan… BN pilih mutlak!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker