Lebih 35 rumah rosak akibat ribut di daerah Larut, Matang dan Selama
Lebih 35 rumah rosak akibat ribut di daerah Larut, Matang dan Selama

IPOH: Lebih 35 rumah dilaporkan terjejas akibat ribut yang berlaku di beberapa kawasan sekitar daerah Larut, Matang dan Selama, hari ini.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Larut, Matang dan Selama, Kapten (PA) Ahmad Fakhrur Razi Md Noor, berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 3.30 petang melalui aduan yang dikemukakan oleh Pejabat Penghulu Mukim Matang.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada hujan lebat berserta angin kencang dan berlarutan selama kira-kira sejam bermula 3 petang.
“Cuaca buruk itu telah menyebabkan bumbung beberapa rumah penduduk diterbangkan angin, selain kejadian pokok tumbang di beberapa kampung sekitar Mukim Matang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata, operasi berkenaan turut dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi penyelamat dan teknikal seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Majlis Perbandaran Taiping (MPT) serta Jabatan Kerja Raya (JKR).
Mengulas tentang penduduk yang terjejas, beliau berkata, buat masa ini kesemua mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Matang yang diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Kita jangka jumlah mangsa kejadian ini akan meningkat dan mana-mana mangsa yang terjejas boleh terus ke PPS SK Matang untuk sebarang bantuan,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Larut, Matang dan Selama, Mohd Nasrul Menhat, dalam satu kenyataan memaklumkan PPS SK Matang dibuka pada jam 6.30 petang tadi susulan kejadian ribut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Sayang Rakyat: Lebih 31,000 Rakyat Terima Manfaat MeSRa
- Perjuangan BN Bukan Retorik, Prinsip Dipertahankan – Mohd Isam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia-China Perkukuh Kerjasama Banteras Jenayah Rentas Sempadan, Penipuan Siber
You must be logged in to post a comment.