#PRNMELAKA2021: Projek Lokan, Sepanjang Menjadi Timbalan Menteri?
Oleh Megat Terawih
Dari zaman Najib menjadi Perdana Menteri, Mahathir, Muhyiddin dan kini Ismail Sabri, Mas Ermiyatie menjadi Timbalan Menteri. Dari timbalan menteri pelancongan, wanita dan menteri yang jaga mahkamah. Apa jasa beliau kepada Masjid Tanah?
Bukan satu jangkamasa yang pendek beliau menggalas amanah di peringkat pusat. Setidaknya adalah ‘buah tangan’ yang beliau bawa balik untuk manfaat khas Masjid Tanah.
Mengejutkan, beliau hanya baiki tebing sungai yang tidak seberapa dan memalukan kerana projek penternakan lokan yang dikatakan adalah menyambung projek pemimpinan terdahulu dan akhirnya projek tersebut juga hanya separuh jalan.
Jadi apa jasa beliau?
You must be logged in to post a comment.