#PRNMELAKA2021: Penduduk Tanjung Bidara Tidak Sabar Bertemu Azmin Ali, Namun….

Oleh Megat Terawih

Azmin Ali, menteri kanan ekonomi dijangka datang berkempen ke Tanjung Bidara esok.

Rata-rata penduduk apabila ditanya, mereka tidak mengalu-alukan kedatangan Azmin yang dikatakan terpalit dengan isu moral yang terlalu buruk.

Video aksi semburit beliau dengan pasangannya, Haziq ketika di bulan Ramadhan adalah sesuatu yang tidak boleh terima dan tidak masuk akal sebagai seorang Islam.

Pasangan yang melakukan perbuatan tersebut sudah membuat kenyataan rasmi bahawa mereka melakukan perbuatan yang dilaknat Allah pada malam bulan puasa.

“Kenapa belum ada siasatan terhadap Azmin Ali?” tanya seorang warga Tanjung Bidara.

“Anwar Ibrahim melalui proses siasatan sehingga kepada hukuman penjara dan sekarang sudah berapa menteri agama, seorang pun tiada keberanian untuk menyiasat kes yang memalukan pentadbiran negara ini”, tambah penduduk lagi.

“Datang ke sini untuk apa? Memecah belahkan kami dengan fitnah?” Kata anak tempatan Tanjung Bidara yang hanya ingin dikenali sebagai Hj Manap.

Sebagai menteri kanan ekonomi, kebiasaannya Azmin datang untuk menabur janji. Pelbagai janji suapan bakal diumumkan termasuk pemberian wang tunai RM200 sekali seumur hidup sekiranya PN menang. Mereka kononnya berjuang menolak rasuah namun manifesto pilihanraya negeri Melaka ini mereka tawarkan habuan one-off RM200 kepada guru-guru sekolah agama.

“Kalau dia datang ke kampung saya, soalan skandal seks semburit akan saya ajukan” tambah Hj Manap lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker