#PRNMELAKA : Kehadiran Bossku Suntik Semangat Fairul Untuk Tewaskan Idris di Asahan.

Oleh Ustaz Jeff

Calon BN di N.10 Asahan iaitu Saudara Fairul Nizam Roslan antara yang menggalas tugas berat apabila bertembung dengan bekas Menteri Besar Melaka yang khianat dan lompat parti iaitu Datuk Seri Utama Idris Harun.

Idris yang sebelum ini menjadi Adun di Sungai Udang bertindak meninggalkan Dun tersebut dan memilih Asahan setelah tahu akan faktor penolakan rakyat Sungai Udang terhadapnya.

Saudara Fairul Nizam adalah satu daripada empat orang calon anak muda yang diketengahkan Barisan Nasional dalam PRN Melaka ini.

Di sebalik bertemu dengan lawan yang boleh dianggap heavyweight itu Fairul telah menerima suntikan semangat yang luar biasa apabila dikunjungi oleh tiga orang pimpinan utama serentak iaitu Perdana Menteri Dato seti Ismail Sabri, Mantan Perdana Menteri Dato seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Pahang Dato Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Hari ini pastinya antara hari yang paling istimewa buat saya selama tempoh berkempen ini.” Katanya menerusi satu posting di Page FB beliau Fairul Nizam Roslan Along.

“Kehadiran Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Mantan Perdana Menteri YB Najib Razak dan juga Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail secara serentak ke DUN Asahan membuatkan hari ini antara yang tersibuk setakat ini.

“Saya dan seluruh jentera Barisan Nasional DUN Asahan yakin dan percaya bahawa gelombang sokongan yang dibawa oleh ketiga tokoh besar politik negara ini akan memberikan signal yang sangat positif kepada pengundi di DUN Asahan ini.’ Katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada ketiga-tiga pemimpin ini kerana datang memberikan semangat kepada beliau khasnya dan kepada seluruh jentera dan penyokong Barisan Nasional amnya.

Link Youtube :

https://youtu.be/8h3NclkQ2Ow

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker