#PRNMELAKA2021 : Perjalanan Anak Penoreh Getah Miskin Bernama Rauf – Bahagian I

Oleh Megat Terawih

Hasil kerja keras Ab Rauf Yusoh dalam perniagaan di usia muda hingga kini menjadikan beliau sebagai seorang anak kampung yang berjaya hari ini dan sekaligus banyak memberi peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak Kampung Pulau, Masjid Tanah Melaka.

Ab Rauf yang dulunya dikenali sebagai budak nakal oleh kawan-kawan sekolah serta masa kecilnya yang mana hari ini masih berhubung bersama beliau dikala susah, senang serta sentiasa mengingati antara satu sama lain.



Beliau dilahirkan dari keluarga petani dan penoreh getah memulakan alam persekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Sekolah Menengah Kebangsaan Gaffar Baba, Masjid Tanah, Melaka dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di Institut Kemahiran MARA pada tahun 1975.

Selepas pada itu beliau keluar dari kampungnya dan berhijrah ke Bandaraya Kuala Lumpur untuk memulakan pekerjaan baru dan juga menceburi bidang perniagaan. Peluang yang ada ketika itu tidak dilepaskan oleh beliau dengan menceburi perniagaan dan korperat sehingga hari ini.

Hasil dari perniagaan di Kuala Lumpur sebelum ini dan sejak 10 tahun lalu beliau telah membuka sebuah villa yang beroperasi sebagai tempat penginapan dan kursus-kursus di kampong halaman beliau di Kampung Pulau telah membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan terutama disekitar kampung halamanya.

Pernah menjadi salah seorang pengarah urusan sebuah syarikat yang berada dalam senarai bursa saham Malaysia dan diantaranya Pengasas Asia Lab Malaysia Sdn Bhd 1995 – 2000, Radicare Sdn Bhd 1995 – 2000, Pengarah Europlus Berhad 2002 – 2007, Talam Corporation Berhad 2002 -2007, Perunding Teknologi & Korporat, IBM, Mesiniaga, AST Computer, Datasonic, MyEg, MRCB, Datapower dan PUNB IT, Air Molek Berhad. From 2007 – 2009.



Beliau pernah dinobatkan sebagai ikon Mara yang mana seorang anak petani dan penoreh getah yang berjaya dalam kehidupan dan juga pernigaan yang diberi nama Ikon Anak Kampung (Ikon Kejayaan MARA) dalam perniagaan.

Didalam politik beliau bermula Ketua Cawangan UMNO Dataran Merdeka 1995 – 2013, Ketua Pemuda UMNO Bahagian 1999 – 2004, Exco Pemuda UMNO Malaysia 1999 – 2004, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia 1999 – 2004, Setiausaha Kerja UMNO Malaysia 2009 – 2018, Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah 2013 – sekarang, Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Negeri Melaka 2018 – sekarang dan Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka 2020 sehingga sekarang.

Pada 8 November lalu beliau telah dicalonkan sebagai seorang calon Barisan Nasional (BN) bagi Dun N.02 Tanjung Bidara yang mana telah mendapat kepercayaan kepimpinan parti untuk membawa kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan dan hari pembuangan undi pada 20 November 2021 ini.

Semoga kejayaan kali ini menjadi milik beliau di Tanjung Bidara dan BN keseluruhannya di Negeri Melaka dalam PRN kali ini.



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker