#PRNMelaka : Veteran ATM tolak katak
Oleh Wahida
Ketika menuju ke tempat sarapan yang menjadi kegemaran Cikgu Hameed sejak kecil lagi, beliau telah terserempak dengan sekumpulan veteran ATM sedang bersantai menikmati juadah di warong Mak Jah yang terkenal dengan lontong dan nasi lemaknya.
Walaupun sebelum mewakili Barisan Nasional sebagai calon PRN Melaka untuk N03 Ayer Limau, bersarapan dengan penduduk di Taman Sri Aman telah menjadi amalan sejak bujang.
Pagi itu, Hameed Mytheen Kunju Basheer atau lebih dikenali sebagai Cikgu Hameed di kalangan penduduk Ayer Limau, terserempak dengan beberapa veteran ATM yang turut bersarapan bersama.
Cikgu Hameed mengambil peluang ini menerangkan apa sebenarnya berlaku dan mengapa perlu diadakan pilihanraya negeri walaupun di dalam keadaan pandemik Covid-19 masih menular di seluruh negara. Abang-abang veteran ATM ini sangat risaukan sekiranya apa yang berlaku selepas PRN Sabah.
Penerangan Cikgu Hameed telah dapat meyakinkan mereka bahawa kerajaan telah menetapkan SOP yang sangat ketat ketika penamaan calon, ketika bertemu pengundi dan di hari mengundi. Malahan Melaka sekarang berada di Fasa 4 yang membenarkan rakyat keluar dan hanya pengundi yang telah mendapatkan Dos kedua sahaja dibenarkan untuk ke kawasan pengundian nanti.
Sambil berborak dan berkongsi pengalaman masing-masing, abang-abang veteran ini juga telah mencurahkan isi-hati mereka semua dengan suasana politik tanahair terutamanya Melaka. Kebimbangan mereka bila politik Melaka tidak stabil, wakil-wakil rakyat yang mementingkan diri seperti Idris Haron, mereka bertekad untuk menolak samada yang melompat atau parti yang menerima wakil-wakil rakyat yang melompat sana-sini. Semua mengharapkan kestabilan dalam pemerintahan.
Jika diberi mandat, Cikgu Hameed akan melaksanakan tanggungjawab dan tugasnya dengan baik dan penuh amanah dan memohon doa dari semua abang-abang veteran ATM agar beliau mampu jadi yang terbaik.