#PRNMELAKA: Polis tangkap Che’GuBard?

Oleh Megat Terawih

Boleh atau tidak polis tangkap dan siasat individu yang menggunakan nama Che’GuBard di salah satu platform akaun media sosial?

Persoalan ini timbul sejak kerajaan BN jatuh. Akta dan seksyen jenayah nampaknya seperti tinggal menjadi sebutan sahaja. Bagaimana dengan penguatkuasaannya? Apakah tindakan terpilih atau adil untuk semua?

Rakyat berhak menyuarakan apa juga perkara sekiranya jelas menunjukkan wujudnya dua darjat dalam institusi yang dilabelkan berkecuali.

Zaman BN memerintah Malaysia, suka atau tidak, rakyat boleh menjadi saksi, apa juga perbuatan yang dilakukan samada oleh orang awam atau politik, polis segera bertindak. Boleh rujuk kepada pemberitaan ketika zaman tersebut.

Bagaimana dengan sekarang? Selepas kejatuhan kerajaan BN?

Terbaharu, status seperti yang dipaparkan ini dan khabarnya status ini dipadamkan. Kenapa padam?

Menjadi kes jenayah apabila menyebarkan berita palsu yang menyebab ketenteraman awam terganggu.

Bertindaklah dengan adil. Rakyat melihat.

Khabarnya pemilik akaun ini adalah tinbalan pengerusi Giat Mara?

[videopress hbHD2btg]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker