PRN Melaka: “Mereka tahu mereka tak akan menang…” – Mohamad Hasan [VIDEO]



Oleh Ustaz Jeff

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Utama Mohamad Hasan memaklumkan bahawa Perikatan Nasional (PN) tahu mereka tidak akan menang dalam PRN Melaka ini tapi mereka tetap akan bertanding kerana mahu melihat UMNO/BN tumbang.

Mohamad yang juga merupakan Pengarah Pilihanraya bagi PN Melaka juga dilaporkan berkata terdapat sumber memaklumkan bahawa PN akan meletakkan calon di kesemua 28 kerusi DUN bagi memastikan BN tewas dalam PRN pada 20 November 2021 ini.

Tindakan PN ini bakal memecahkan undi Melayu dan mereka berharap tindakan mereka itu akan mampu menafikan usaha BN untuk menawan kembali Negeri Melaka.

PN yang diterajui oleh PPBM & PAS seringkali bercakap soal penyatuan ummah tapi jika BN tewas merekalah sebenarnya yang menjadi penyebab utama kepada musnahnya penyatuan ummah.




Jika perkara ini berlaku maka sekali lagi Pakatan Harapan akan kembali menerajui kerajaan Negeri Melaka.

PPBM tahu mereka kekurangan jentera dan pengikut manakala PAS pula tidak pernah menang satu kerusi pun dalam mana-mana DUN di Melaka. Tindakan mereka ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana dengki dan dendam.

Walaubagaimanapun UMNO dan BN yakin orang Melaka tidak akan lupa tentang segala penipuan dan kegagalan kerajaan terdahulu (PH dan PN) dalam menerajui kerajaan pusat mahupun negeri.

Janganlah sekali tersilap langkah kerana lima tahun (satu penggal) bukan satu tempoh yang singkat.

Mohamad menggesa agar semua jentera untuk terus bekerja keras agar BN menang dengan selesa pada 20 haribulan nanti.






Leave a Reply

Your email address will not be published.