#PRNMelaka2021 : Akar Umbi UMNO Sambut Baik Calon Muka Baharu
Oleh Bamjekk
[videopress 6UJpOlYn]UMNO Negeri Melaka menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021 medan perubahan kepada UMNO secara total dalam pemilihan calon-calon yang bakal membawa panji Barisan Nasional(BN) kali ini.
Satu perubahan besar-besaran dilakukan UMNO Melaka dengan menampilkan hampir 90 peratus muka-muka baharu dan juga calon muda sebanyak 35 peratus secara keseluruhannya.
Perubahan yang cukup berani dilakukan oleh kepimpinan UMNO Melaka dengan mendapat sokongan padu daripada UMNO dan BN di peringkat pusat sekaligus melancarkan misi menawan kembali Melaka kepada BN dalam PRN ini.
Proses pengenalan calon akan berlaku sebentar sahaja lagi di PWTC yang mana akan diumumkan oleh Pengarah Pilihan Raya BN Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan pada jam 10.00 pagi ini.
Tinjaun yang dibuat diperingkat akar umbi dan jentera parti, mereka sangat mengalu-alukan perubahan yang dibawa BN kini dan yang mana akan mengembalikan sokongan kuat daripada rakyat negeri Melaka.
Menurut Raini Mohd, seorang jentera Wanita UMNO Cawangan Masjid Tanah berkata, beliau sangat bersetuju jika UMNO melakukan perubahan ini dan menampilkan lebih ramai muka baharu dan calon muda untuk PRN kali ini.
Katanya lagi, calon orang muda sangat perlu diberikan peranan yang luas bagi menarik minat pengundi muda untuk keluar mengundi,ianya juga melibatkan data yang ada golongan ini (muda) telah mencapai 60 peratus keseluruhan pengundi dan sekaligus layak mengundi dalam PRN ini juga.
Walaubagaimana pun harus diingat, pemilihan calon itu mestilah yang boleh diterima disemua lapisan masyarakat serta diterima dengan baik oleh akar umbi serta mestilah produk yang berkualiti dapat diterjemahkan nanti, tambahnya.
BN telah meletak calon disemua kerusi dewan undangan negeri (DUN) Melaka dalam PRN kali ini dan menterjemahkan slogan “GO SOLO, NO NEGO”.