PRN Melaka: BN dilihat miliki kelebihan
ARAU : UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kelebihan untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka meskipun bergerak solo tanpa Pas yang memilih bersama Perikatan Nasional (PN).
Malah, PN yang diterajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka tewas kesemua 28 kerusi memandangkan parti tersebut tidak mempunyai kekuatan di Melaka.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Rusdi Omar berkata, kemenangan dua kerusi oleh Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu di Melaka adalah kerana menumpang kekuatan Pakatan Harapan (PH).
Katanya, peluang kedua-dua parti itu dalam PRN Melaka tipis meskipun di kawasan kerusi majoriti Melayu manakala di kawasan campuran pula memberi lebih kesukaran kepada PN.
Ujarnya, BN dijangka menguasai kawasan luar bandar selain Melaka dilihat masih kubu kuat parti itu meskipun tidak bekerjasama dengan Bersatu dan Pas.
“Saya lihat UMNO dan BN boleh menang sekurang-kurangnya majoriti mudah (15 kerusi) bagi membentuk kerajaan. Jika mengambil kira PRU-14, BN menang 13 kerusi dan melihat kepada situasi semasa yang mana BN kembali mendapat kepercayaan rakyat, tidak menjadi masalah mereka menambah dua lagi kerusi.
“Bersatu dan Pas agak sukar menembusi Melaka, malah Bersatu tidak mempunyai kekuatan jentera dan akar umbi,” katanya.
Terdahulu, Pas memilih meneruskan kerjasama dengan PN selain telah meluluskan penggunaan lambang PN dalam PRN Melaka.
Keputusan Pas itu dilihat memberi tamparan kepada UMNO yang sebelum ini meminta Pas memilih sama ada terus kekal bersama parti itu dalam MN atau meninggalkannya untuk menyertai PN.
Khamis lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghulurkan kerjasama kepada Pas, tetapi dengan mengenakan syarat parti itu menggunakan logo parti sendiri.
Namun, soal Rusdi, persoalan yang perlu dijawab ialah apakah Pas sedia menggunakan lambang PN di Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam pilihan raya akan datang?
“Saya lihat jika guna lambang PN di negeri-negeri pantai timur dan utara itu, peluang Pas kelam. Mungkin Melaka dijadikan ujian menggunakan lambang PN sebelum memasuki gelanggang sebenar PRU-15,” kata beliau. – UTUSAN
PRN Melaka: BN dilihat miliki kelebihan
Baca Artikel Menarik :
- Anzalna tidak tahu bapa jadi CEO Finas
- DAP tetap bantah PKR dan PAN lamar bekas pemimpin UMNO
- Pengeluar Kereta Stellantis Ambil Alih Sepenuhnya Kilang NAZA Di Gurun, Kedah
- Kes Bunuh Zulfarhan: 18 Penuntut UPNM Didapati Bersalah
- Amanah sangat ‘terdesak’ mahu Idris untuk raih undi Melayu
- Mahathir nafi guna wang kripto
- Kena maki scammer, duit lambat masuk
- Ana Raffali dikecam agungkan ‘Mat Salih’
- Bank enggan terima duit rosak, lakukan ini segera
- Bengang tidak dipilih semula, bekas ketua kampung cabut tiang elektrik
- Yatt Hamzah jadi cleaner di Masjid Nabawi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.