Azalina cadang RUU Hibrid turut dilaksanakan di Melaka bagi kestabilan politik

Sebaran :

Azalina cadang RUU Hibrid turut dilaksanakan di Melaka bagi kestabilan politik

Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman mencadangkan Rang Undang-Undang (RUU) Regulasi Lompat Parti dan Akauntabiliti Politik atau dikenali sebagai RUU Hibrid dilaksanakan di Melaka.

Beliau berkata, pelaksanaan RUU di negeri itu penting bagi memastikan calon-calon menghormati pengundi yang keluar mengundi, memartabatkan sistem demokrasi di Malaysia, serta mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi negara.

“Terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Mohd Rustam kerana meluangkan sedikit masa untuk perbincangan RUU Hibrid.



“Dalam pertemuan sebentar tadi saya juga telah menyatakan pandangan untuk mewujudkan enakmen seperti ini di peringkat negeri,” katanya di Facebooknya.

Pada 1 Sept lalu, Azalina juga ada mengemukakan satu usul kepada Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun bertajuk Rang Undang- Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021.

Beliau berkata, Akta Pemecatan Ahli Parlimen merupakan langkah terbaik untuk mencegah wakil rakyat daripada melompat parti dengan pengundi boleh menarik balik mandat yang mereka berikan kepada wakil rakyat yang membelakangi mereka melalui pilihan raya baharu.

Dalam pada itu, Azalina berkata sedia menawarkan khidmatnya dan juga beberapa pasukan yang terlibat jika diperlukan untuk menggubal enakmen ini di peringkat negeri Melaka.



Katanya, beliau yakin dan percaya RUU Hibrid boleh menjadi pemangkin kestabilan politik Melaka kerana mekanisme ini menghalang wakil-wakil rakyat dari lompat parti sekaligus memberi hak bersuara kepada pengundi yang keluar mengundi.

“Sama-sama kita menghentikan gejala lompat parti ini. Sebagai pengundi, anda mempunyai kuasa dan hak untuk menentukan politik berhemah di Malaysia,” katanya. FMT

Azalina cadang RUU Hibrid turut dilaksanakan di Melaka bagi kestabilan politik


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee


Sebaran :

Leave a Reply