Bersatu mahu lihat Umno lemah, berjaya gamit PAS guna logo PN
Bersatu mahu lihat Umno lemah, berjaya gamit PAS guna logo PN, kata pemimpin Umno
Seorang pemimpin Umno mendakwa Bersatu tidak mahu menang dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka sebaliknya kehadirannya hanya mahu melihat Umno dilemahkan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Muhammad Rafi berkata Bersatu sengaja menggunakan strategi dengan meminta kerusi yang tidak akan diizinkan Umno untuk mereka bertanding sebagai syarat untuk bekerjasama dalam PRN itu.
Katanya, lakonan baik Bersatu itu juga berjaya menggamit PAS untuk bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).
“Bersatu bukan mahu menang di Melaka, mereka mahu lihat Umno dilemahkan di Melaka, mereka sudah meletakkan asas kerusi yang tidak akan diterima oleh BN di Melaka.
“Bersatu mahukan lapan kerusi untuk bertanding, belum masuk lagi PAS dan Gerakan. Bersatu mahu bertanding di Masjid Tanah dan Jasin (kerusi kuat Umno).
“Stretegik ini memang sengaja dibuat kerana mereka tahu, ini adalah permintaan tidak masuk akal dan akan ditolak oleh Umno. Lakonan baik Bersatu ini ternyata sudah berjaya menggamit PAS untuk bertanding menggunakan logo PN,” katanya dalam kenyataan.
Dakwa Rafi lagi, perancangan Bersatu untuk menggantikan tempat Umno tidak pernah luput dalam “Grand Design” mereka.
Katanya, Bersatu tidak khuatir dan fokus kepada kerja mereka, tujuan mereka menggantikan Umno bukan untuk PRN Melaka, tujuan mereka untuk menggantikan Umno semasa PRU15 nanti.
Razlan berkata, Umno tidak pernah menolak penyatuan sebaliknya mahu menjaga sempadan dan kesucian parti.
“Umno hanya mahu memberikan yang terbaik kepada rakyat tanpa ada pengaruh pihak lain untuk melemahkan parti Umno, tidak akan wujud kestabilan politik sekira Melaka ditadbir dengan formula kuasa separuh-separuh. Jangan kita lalui apa yang terjadi di Sabah sekali lagi,” katanya.
Terdahulu, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat malam tadi membuat keputusan akan menggunakan lambang PN dalam PRN Melaka.
Presidennya, Hadi Awang berkata ketetapan itu telah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada Ahad lalu selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS. FMT
Bersatu mahu lihat Umno lemah, berjaya gamit PAS guna logo PN
Baca Artikel Menarik :
- Anzalna tidak tahu bapa jadi CEO Finas
- DAP tetap bantah PKR dan PAN lamar bekas pemimpin UMNO
- Pengeluar Kereta Stellantis Ambil Alih Sepenuhnya Kilang NAZA Di Gurun, Kedah
- Kes Bunuh Zulfarhan: 18 Penuntut UPNM Didapati Bersalah
- Amanah sangat ‘terdesak’ mahu Idris untuk raih undi Melayu
- Mahathir nafi guna wang kripto
- Kena maki scammer, duit lambat masuk
- Ana Raffali dikecam agungkan ‘Mat Salih’
- Bank enggan terima duit rosak, lakukan ini segera
- Bengang tidak dipilih semula, bekas ketua kampung cabut tiang elektrik
- Yatt Hamzah jadi cleaner di Masjid Nabawi
Layari Laman Facebook MYKMU
Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee