Saya tak musuhi Syamsul – Puteri Sarah

Saya tak musuhi Syamsul – Puteri Sarah

“Syawal akan lebih gembira dan tenang, tahun ini,” kata pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, mengulas sambutan Aidilfitri selepas prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pagi tadi.

Puteri Sarah berkata, dia bersyukur urusan perceraiannya dipermudahkan dan ketenangan dicari sudah ditemui.



“Apa yang penting, saya tidak mahu bermusuh dan berdendam, itu sahaja. Sebelum ini, banyak perkara yang tidak terjawab.

“Sekarang ini segala-galanya sudah terjawab, jadi saya hanya mahu ketenangan. Alhamdulillah, saya sudah menemuinya.

“Anak-anak tiada masalah beraya dengan bapanya. Jika Syamsul beri kerjasama, saya tidak akan menolak.

“Tiada apa nak bermusuh dan bergaduh. Semuanya selesai demi kebaikan anak-anak.



“Saya okay sahaja, tak nak lebih-lebih. Apa yang penting, Syamsul dapat jumpa anak-anak,” katanya.

Tambah Puteri Sarah, perbincangan berlaku pada saat akhir, semalam. Bagaimanapun, enggan memperincikan siapa hadir pada perbincangan berkenaan.

Katanya, semuanya dipermudahkan berikutan keberkatan Ramadan.

“Berkat Ramadan dan solat tahajud segala-galanya dipermudahkan, hari ini,” katanya.



Pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 18 April ini untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baru dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh berkenaan yang akan direkodkan.

Antara terma penyelesaian membabitkan hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.



Dalam prosiding hari ini, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Puteri Sarah, manakala peguam syarie, Azmi Mohd Rais mewakili Syamsul. BH

Saya tak musuhi Syamsul – Puteri Sarah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa



Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker