PRN Melaka Sukar? Kerana PM Bukan Presiden UMNO
Ini situasi sukar yg jarang didepani oleh seorang Perdana Menteri. Dimana keputusan parti tidak dapat membantu memudahkan kerja seorang Perdana Menteri. Ini merupakan kesukaran yg tidak pernah berlaku kepada PM terdahulu.
Sebagai seorang Perdana Menteri UMNO yang mengetuai sebuah Kerajaan #KeluargaMalaysia yang didalamnya ada PPBM,PAS dan GPS pasti akan memastikan calon dari parti yang ada didalam kerajaannya menang menentang pembangkang PH dimana-mana Pilihanraya Negeri(PRN) atau Pilihanraya Kecil (PRK).
Tetapi perkara sukar itu berlaku bilamana UMNO tidak membuat pendirian dan keputusan yg boleh membantu Perdana Menteri untuk menyatukan semua parti dalam kerajaan untuk menentang PH secara satu lawan satu di semua kerusi.
Situasi ini pasti dialukan dan dinantikan oleh PH untuk mastikan parti-parti melayu bertembung sesama sendiri. Hakikatnya telah terbukti pada PRU14 apabila PH dan DAP berjaya mewujudkan parti2 melayu seperti AMANAH dan PPBM untuk bersama mereka menentang BN. Undi melayu berjaya dipecahkan.
Undi melayu harus dipecahkan. Penyatuan melayu tidak harus wujud jika PH mahu menang. Dikawasan2 mejoriti melayu undi ini harus dipecah perintahkan untuk memastikan undi itu tidak akan mengatasi undi PH walau pun undi mereka tidak bertambah.
Secara logiknya kita selalu lihat jumlah undi PAS dan BN atau PPBM jika dicampur pasti MELEBIHI undi PH. Dengan kata mudah jika dicampur semua undi melayu itu pasti PH akan tewas di banyak tempat. Itulah yg PH lakukan dan ianya terbukti berjaya.
Melayu perlu dipecahkan. Undi Melayu perlu dibahagi-bahagi kepada banyak parti utk memastikan undi PH lebih dan kekal. Dalam situasi PRN Melaka juga ianya sama. Banyak kerusi PH akan kalah jika berlaku perlawanan 2 penjuru dan PH melihat itu sebagai ancaman kepada mereka. Justeru PH menggunakan semua sumber dan cara termasuk provokasi kepada pemimpin2 melayu tertentu untuk memastikan presiden-presiden parti melayu bercakaran dengan ego masing2 demi memastikan PRN Melaka berlangsung dengan perpecahan Melayu.
Nampaknya “Orang UMNO” lebih rela PH menang dan menubuhkan kerajaan Melaka dari duduk semeja berbincang kaedah dan cara mengelakkan PH menang.
Nampaknya ORANG PPBM lebih angkuh apabila mengistiharkan untuk bertanding disemua 28 kerusi DUN walhal PPBM hanya menang 2 kerusi dalam PRU14 lepas.
Situasi ini yang PH mahukan. Dengan berlaku perpecahan melayu sebegini maka peluang dan harapan PH untuk menang dan akhirnya memerintah Melaka makin cerah dan pasti nyata.
PRN Melaka merupakan PRN yang telah mempamerkan keegoan dan dendam antara pemimpin melayu yang tak berkesudahan. Maruah Bangsa Melayu dan kedudukan Agama Islam pasti tergadai dek keegoan dan dendam antara pemimpin melayu.
Rakyat hanya memerhati berputih mata. Pemimpin2 tak merasa kesannya kerana kekayaan yang telah melimpah2 sehingga 7 keturunan. Kesan dan kesengsaraan hanya dirasai rakyat jelata dari percaturan iblis-iblis politik yang tak pernah memikirkan kesan kepada negara dan rakyat.
Runtuhnya Empayar Melaka kerana adanya Si Kitol dan Raja Mendeliar dan hari ini Melaka kembali bergolak dek segerombolan pemimpin kaya-raya yang sedang mencatur kuasa untuk meratakan lembah dan bukit yang boleh dijadikan milik masing-masing.
Jika semua ini berlaku, pemimpin melayu terus berperang sesama sendiri tanpa memikirkan kesan dan nasib rakyat terbanyak maka tidak mustahil PH akan kembali memerintah dan keperitan 22 bulan rakyat Melaka pasti akan menanti didepan pintu rumah setiap rakyat Melaka seusai PRN Melaka.
#ApaNasibKami
#PRNMelaka
#MelayuHarusBersatu
Tulisan ini adalah pandangan penulis, bukan pandangan Mykmu.net
You must be logged in to post a comment.