Kami tak mahu 4 ADUN Melaka sertai parti – Pemuda PKR
Kami tak mahu 4 ADUN Melaka sertai parti – Pemuda PKR
Pemuda PKR Kedah membantah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka menyertai parti itu, walaupun atas alasan strategi politik.
Ia susulan laporan empat ADUN itu mahu bertanding pilihan raya negeri (PRN) Melaka di bawah Pakatan Harapan (PH), bahkan turut menemui Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin PH lain di sebuah hotel pada Isnin lalu untuk membincangkan perkara itu.
Ketua Pemuda PKR Kedah, Mohammed Firdaus Johari yakin bantahan itu sejajar suara rakyat dan akar umbi penyokong PH yang tidak akan bersetuju dengan kemasukan mereka secara undangan mahupun permohonan.
“Peristiwa demi peristiwa dalam perjalanan politik ini telah memberi ibrah tersirat dan tersurat kepada kita.
“Nilai dan prinsip terbina dan teruji dalam kesukaran dan keperitan melawan korupsi, kezaliman, kerakusan, ketidakadilan, pengkhianatan dan kepentingan diri kelompok tertentu demi harta, kuasa dan kedudukan,” katanya dalam kenyataan.
Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan 4 Okt lalu, selepas Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) menarik sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali.
Azman pada 6 Okt lalu berkata, beliau dan Idris menerima tawaran daripada beberapa pemimpin PH untuk menyertai parti masing-masing.
Semalam, Setiausah Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, parti itu akan membantah jika bekas ahlinya, Norhizam bertanding di bawah panji PH, tetapi beliau enggan mengulas prospek Idris, Effandi dan Azman bertanding di bawah PH.
Firdaus berkata, tidak kira apa justifikasinya, tindakan membenarkan mereka menyertai PKR perlu ditentang habis-habisan.
“Ini kerana perjuangan berprinsip ini adalah perjalanan panjang, dan semakin lama dalam perjalanan semakin terserlah kepalsuan, kepura-puraan dan ketidaksabaran sesetengah manusia yang kononnya mendukung idealisme dek kerana bahang kebenaran itu terlalu menyulitkan.” FMT
Kami tak mahu 4 ADUN Melaka sertai parti – Pemuda PKR
Baca Artikel Menarik :
- PH Melaka tak bertanggungjawab cetus krisis – Ahli Parlimen PKR
- DAP tentang Norhizam sebagai calon PH
- Muhammad nama popular di UK?
- Golongan antivaksin tidak akan dianiaya – Hishammuddin
- Idris Haron dan 3 lain menaruh harapan kepada PH
- Timah, hanya modal untuk serang PAS – Tuan Ibrahim
- Bapa Perkosa Anak Kandung Konon Percaya ‘Nasihat’ Pakar Feng Syui
- Lelaki Terkaya Di Asia Miliki Aset RM415 Billion Setara Elon Musk dan Jeff Bezos
- Anak Pengasas Microsoft Bill Gates Kahwini Dengan Pemuda Muslim
- Kekasih Sajat ‘serang’ pegawai polis
- Mana ada orang betul-betul kaya baling duit
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.