Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang
Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee menegaskan DAP tiada hak untuk menghalangnya bertanding bawah panji Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.
Norhizam ketika dihubungi FMT berkata, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng seharusnya sedar bahawa partinya tidak mendapat sokongan rakyat khususnya orang Melayu.
“Saya masuk DAP ke? Siapa DAP nak menghalang saya. Saya tidak kata nak kembali ke DAP, kalau saya masuk PKR, apa kena-mengena dengan Lim Guan Eng? Kalau saya masuk Amanah, apa ada kena mengena dengan Guan Eng? Kalau saya masuk Pejuang, apa kena mengena dengan Guan Eng? Dia orang DAP, jaga sajalah orang DAP.
“Kecuali saya ini orang DAP, saya bukan ahli DAP lagi. Awak pun tahu, rakyat tolak parti Cina ini,” katanya mengulas kenyataan Lim bahawa parti itu akan membantah jika Norhizam mahu bertanding bawah panji PH.
Dalam pada itu, Norhizam mendedahkan beliau ada menerima tawaran kerjasama daripada pelbagai parti menjelang PRN bulan depan, namun masih terbuka untuk membuat sebarang keputusan.
“Setakat ini banyak parti yang dah ‘offer’ saya, parti mana, kita akan tengok nanti,” katanya sambil menyifatkan figura calon lebih penting daripada nama atau logo parti.
“Parti ini hanya satu platform saja, bila pilihan raya memang kita kena ada parti untuk bertanding tetapi lepas itu kita bergerak atas tiket sendiri,” katanya.
Menegaskan tindakan beliau bersama tiga ADUN lain menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Umno, Norhizam berkata, beliau tidak akan sesekali bersekongkol dengan kemungkaran dan kebatilan yang berlaku secara terang-terangan di depan matanya.
Ditanya adakah beliau terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan Umno menjelang PRN akan datang, beliau menegaskan tidak akan sekali-kali berganding dengan parti Melayu itu.
“Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Biar putih mata jangan putih tulang,” katanya.
Terdahulu, Norhizam bersama tiga ADUN, Idris Haron (Sungai Udang), Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) dilaporkan mahu bertanding bawah panji PH dalam PRN, bahkan telah bertemu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan pemimpin PH lain di sebuah hotel semalam untuk membincangkan perkara itu.
Namun, mereka mengakui mereka adalah “pendatang baharu” bagi PH dan akan menyerahkannya kepada kepimpinan gabungan negeri itu untuk membuat keputusan. FMT
Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang
Baca Artikel Menarik :
- PH Melaka tak bertanggungjawab cetus krisis – Ahli Parlimen PKR
- DAP tentang Norhizam sebagai calon PH
- Muhammad nama popular di UK?
- Golongan antivaksin tidak akan dianiaya – Hishammuddin
- Idris Haron dan 3 lain menaruh harapan kepada PH
- Timah, hanya modal untuk serang PAS – Tuan Ibrahim
- Bapa Perkosa Anak Kandung Konon Percaya ‘Nasihat’ Pakar Feng Syui
- Lelaki Terkaya Di Asia Miliki Aset RM415 Billion Setara Elon Musk dan Jeff Bezos
- Anak Pengasas Microsoft Bill Gates Kahwini Dengan Pemuda Muslim
- Kekasih Sajat ‘serang’ pegawai polis
- Mana ada orang betul-betul kaya baling duit
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.