Takut kes covid tinggi, Faradhiya mahu ke London

Takut kes covid tinggi, Faradhiya mahu ke London

‘Rasa macam nak terbang ke London’ – Faradhiya

Pelakon dan penyanyi Faradhiya, 37, mengakui perasaannya memberontak ingin saja ke London untuk bersama ibunya di sana kerana terlalu bimbangkan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia yang semakin tinggi.

Farahdhiya atau nama sebenarnya Faradhiya Mohd Amin berkata, ibunya pun ada menyuruh dia dan abangnya ke sana, namun apakan daya kerana negara buat masa ini menutup pintu sempadan.

“Ibu saya terlalu risau mengenai keadaan kami di sini hingga suruh tinggal bersamanya di sana buat masa ini sehingga keadaan reda. Alangkah baiknya jika hal itu mudah, nak terbang sekarang pun susah,” katanya.

Faradhiya berkata, dia kecewa dengan sikap segelintir rakyat negara yang tidak ambil berat mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika ini.

Menurutnya, dia sehingga takut untuk membaca berita mengenai Covid-19 yang baginya tidak berkesudahan. Dia sedih terbaca mengenai kematian walaupun bukan orang terdekatnya.

“Takut untuk mendengar keputusan harian Covid-19. Saya takut melihat kes kematian semakin hari semakin meningkat, sedih memikirkan orang-orang yang kehilangan orang tersayang.

“Saya juga susah untuk tidur malam apa memikirkan mengenai perkara itu. Ya, mereka bukan bapa saya, bukan juga ibu saya, bukan adik-beradik saya atau ahli keluarga saya, tapi saya tetap rasa, saya tetap menangis sebab saya ada hati dan perasaan,” katanya.

Dalam pada itu, Faradhiya berdoa supaya semua pihak berganding bahu menangani bersama penularan kes jangkitan sekarang.

Menurutnya, dia yakin ramai sudah tidak sanggup berjauhan dengan ahli keluarga.

“Kasihanilah barisan hadapan semua, sebelum mereka rebah buatlah sesuatu. Kasihanilah kami semua, tak takutkah jika perkhidmatan kesihatan negara kita lumpuh?

“Tolong laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang pertama dulu. Kita sudah tidak mampu berdepan kehilangan lebih banyak nyawa, semua rindu keluarga kita, kawan-kawan kita, terlalu rindu.

“Kita perlu akhiri semua ini supaya kita semua dapat berjumpa mak ayah, adik-beradik, kawan-kawan kita semula. Supaya kita dapat bekerja dan hidup seperti dulu. Ya, ia akan ambil masa tapi kita perlu lakukannya dengan lebih teratur,” katanya. HM

Takut kes covid tinggi, Faradhiya mahu ke London


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Farahdhiya dedah terima gambar ‘anu’ yang diletak atas mukanya

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker