Rina lebih gemar jadi model, pelakon daripada jaga kebajikan warga emas

 

Rina lebih gemar jadi model, pelakon daripada jaga kebajikan warga emas. Wanita Keadilan hari ini menuntut Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun memberi penjelasan berhubung pemberian vaksin Covid-19 kepada warga emas khususnya yang berada di pusat jagaan di seluruh negara.

Pengarah Komunikasinya, Loh Ker Chean melahirkan kebimbangannya susulan tindakan Rina sejak kebelakangan ini tidak mencerminkan kesungguhannya menjaga kebajikan rakyat berbanding agenda peribadi yang semakin ketara.

“Menteri dan Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat seharusnya membela nasib golongan rentan, adakah mereka telah membuat terbaik dalam usaha melambatkan jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan warga emas.

“Yang jelas dapat dilihat peranan Rina pada waktu ini menjadi model majalah dan kini menjadi pelakon? Timbalan Menteri KPWKM pula membisu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 4 Mac lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan kadar kematian dalam kalangan penghuni pusat jagaan warga emas agak tinggi iaitu 1.48 peratus berbanding kadar kematian kebangsaan 0.38 peratus.

Menurut Dr Noor Hisham, seramai 610 penghuni di pusat jagaan warga emas sudah dijangkiti wabak Covid-19.

“Keresahan dan kemurungan yang dihadapi oleh penghuni warga emas di pusat jagaan semakin meningkat kerana berlakunya pengasingan diri dan penjarakan fizikal dalam jangka panjang akibat penularan wabak Covid-19.

“Oleh yang demikian, penghuni warga emas kekurangan akses kepada maklumat luar dan peluang bagi berjumpa dengan ahli keluarga dan rakan.

“Tambahan pula, isu kekurangan peralatan perlindungan peribadi (PPE) asas bagi pekerja penjagaan juga merupakan salah satu punca golongan warga emas mudah terdedah kepada jangkitan Covid-19,” katanya.

Susulan itu, Ker Chean meminta Rina menjelaskan sejauh mana tindakan mitigasi diambil untuk memelihara kesihatan mental warga emas terutamanya penghuni di pusat jagaan orang tua sejak negara dilanda Covid-19.

“Adakah Rina memastikan penjaga atau kakitangan di setiap pusat penjagaan warga emas di negara ini dibekalkan PPE yang mencukupi dan digunakan mengikuti panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) bertarikh 4 November 2020?” katanya.

Dalam pada itu, sejauh mana Rina memohon Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mengutamakan institusi penjagaan warga emas dan memberi kemudahan kepada pasukan perubatan bergerak untuk memberikan suntikan vaksin.

“Adakah Rina telah mengaktifkan Unit Komunikasi Korporat(UKK) dalam kementerian atau memohon kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang menjaga komunikasi dua hala bagi menyampaikan kesedaran pendaftaran vaksin kepada warga emas secara strategik?

“Adakah Rina telah memohon JKJAV bagi memastikan pemakluman jadual temujanji vaksin dijalankan melalui panggilan telefon memandangkan kebanyakan warga emas kurang peka penggunaan SMS dan amalan semak aplikasi MySejahtera?” soalnya.

Beliau turut mempersoalkan sejauh mana angka-angka kes kematian warga emas akibat Covid-19 dalam kaca mata Kabinet Perikatan Nasional (PN) hanya sekadar soalan matematik tanpa nyawa.

“Semua pihak telah memberi semua kemudahan termasuk proklamasi darurat yang dituntut oleh Kabinet PN dan mempunyai kuasa mutlak bagi memerangi Pandemik Covid -19 dan memimpin rakyat ke arah pemulihan pasca – pandemik.

“Apa lagi Kabinet ini mahu daripada rakyat jika mereka sendiri yang gagal? Rina dan Siti, sila memohon maaf kepada ahli keluarga kepada mendiang mangsa warga emas Covid-19 dengan segera dan berundur,” katanya lagi. MG

Rina lebih gemar jadi model, pelakon daripada jaga kebajikan warga emas


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Rina berlakon rider FoodPanda – Di kecam Netizen [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker