Wanita jadi kontak kasual lepas lupa ‘check-out’ MySejahtera

Wanita jadi kontak kasual lepas lupa ‘check-out’ MySejahtera

Seorang wanita terkejut apabila mendapati status aplikasi MySejahtera miliknya bertukar daripada biru kepada kuning selepas terlupa menggunakan fungsi pendaftaran keluar (check-out) baru-baru ini.

Wan Nur Shamimi menerusi ciapan di laman Twitter berkata, dia mendapat notifikasi yang menyatakan dirinya sebagai kontak kasual tidak bergejala berdasarkan masa dan tempat pendaftaran masuk (check-in) di premis yang pernah dimasukinya sebelum ini.



“Kalian mana yang jenis leka nak check-out lebih baik buat selepas ini. Betul-betul bagi pengajaran buat saya kali ini. Berhuhu la sampai 10 hari.

“Dia keluar begini ya. Terus tukar jadi status kuning. Walau dari kedai lain nak ke kedai lain masih kena check-out. Check-out dulu baru check-in,” kongsinya semalam.

Hantaran itu diulang kicau lebih 1,600 kali dengan ada beberapa pengguna Twitter turut berdepan masalah sama selain ada yang menyediakan panduan untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Saya buka ‘history’ banyak rupa-rupanya kedai tidak ‘check-out’,” komen Ainnur Akasyah.



“Lupa hendak ‘check-out’ dari bank tiga hari. Mesti MySejahtera ingat aku sudah kutip jutaan ringgit,” gurau Nody.

“Kalau awak sihat cuba awak jawab semua soalan tentang Covid-19 selepas itu awak klik ‘refresh’,” cadang @maktiri.

“Boleh klik ‘helpdesk’ untuk tukar semula status jadi warna biru. Pilih opsyen soalan mengenai kategori risiko dan dalam beberapa jam MySejahtera akan hantar e-mel untuk kita buat semula penilaian kesihatan,” jelas @thisIsArepp. K Online

Wanita jadi kontak kasual lepas lupa ‘check-out’ MySejahtera




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker