‘Langkah Melaka’ guling KM bukan usaha PH – Sumber
‘Langkah Melaka’ guling KM bukan usaha PH – Sumber
Desas-desus bahawa kerajaan baru atau kerajaan perpaduan akan dibentuk di Melaka bukan usaha Pakatan Harapan (PH), kata satu sumber PKR.
Melabelkan konflik dalaman antara Adun kerajaan negeri Melaka hari ini sebagai “Langkah Melaka”, sumber itu mendakwa bahawa kerajaan negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Sulaiman Md Ali kini di hujung tanduk.
“Pertama, saya ingin menegaskan bahawa “Langkah Melaka” ini bukan satu usaha PH pusat mahupun PH pimpinan negeri. Malah, PH Melaka tidak pernah bertindak menumbangkan kerajaan negeri sejak PH ditumbangkan di Melaka.
“Ini adalah isu domestik antara Adun kerajaan negeri yang tidak puas hati dengan ketua menteri.
“Pergolakkan dalaman ini sudah berbangkit sekurang-kurangnya dua minggu yang lalu. Sekurang-kurangnya, empat Adun kerajaan negeri tidak sehaluan dengan pimpinan negeri,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Untuk rekod, pada 2 Mac 2020, BN mengumumkan bahawa kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Adly Zahari tumbang selepas dua Adun Bersatu Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) keluar daripada gabungan itu.
Selain itu, Adun PKR Muhammad Jailani Khamis (Rembia), dan Adun DAP Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) juga meninggalkan PH dan menyertai dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
Ini menjadikan sebanyak 17 wakil rakyat menyokong PN berbanding 11 di bawah gabungan PH.
Susulannya, pada 9 Mac 2020, Adun Umno Sulaiman Md Ali (Lendu), dilantik sebagai ketua menteri Melaka yang baru.
PH sedia terima tawaran kerajaan baru
Sementara itu, sumber yang sama juga mengesahkan bahawa semalam Pengerusi PH Anwar Ibrahim berjumpa dengan 11 Adun PH di pejabatnya di Petaling Jaya.
“Saya turut menghadiri perjumpaan itu bersama-sama dengan wakil pemimpin PKR, DAP dan Amanah.
“Terdapat pelbagai maklum balas mengenai isu semasa di Melaka. Namun, secara amnya, semua pihak menghadiri perjumpaan setuju untuk menyertai jika mendapat undangan daripada kerajaan baru,” katanya.
Buat masa ini, PH mempunyai 11 Adun di Melaka masing-masing tujuh dari DAP, dua PKR sementara dua daripada Amanah.
Ali Rustam kuarantin kendiri?
Sementara itu, Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam dikatakan sedang menjalani kuarantin kendiri selepas didakwa menjadi kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19.
Sumber dalaman kerajaan negeri Umno berkata usaha menghubungi Ali Rustam tidak berjaya setakat ini.
“Kami diberitahu bahawa TYT sedang menjalani kuarantin kendiri.
“Jadi, jika adanya pertukaran kerajaan ini mungkin masa sekurang-kurangnya dua minggu,” kata sumber Umno dari Melaka. Mk
‘Langkah Melaka’ guling KM bukan usaha PH – Sumber
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.