FMT Yang Mula Letupkan Isu Wang Hasanah

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

BERITA mengenai dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan pegawai SPRM yang membabitkan kehilangan wang RM25juta bahan bukti dalam urusan kes Hasanah  sememangnya hangat diperkatakan di media massa dan media sosial.

Portal FMT merupakan antara portal pertama yang melaporkan berita tersebut pada September 20, 2021 7:30 AM.

Berita bertajuk  Tiada laporan pegawai SPRM curi barang kes USD6 juta, kata polis
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/20/tiada-laporan-pegawai-sprm-curi-barang-kes-usd6-juta-kata-polis/

Kemudian beberapa portal lain turut melaporkan dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan pegawai SPRM tersebut. Antaranya :-

1. FMT
Tarikh : September 20, 2021 11:56 AM
Tular curi barang kes: SPRM sahkan 3 pegawai kanannya ditahan
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/20/tular-curi-barang-kes-sprm-sahkan-3-pegawai-kanannya-ditahan/

2. Bernama
Tarikh : 20/09/2021 11:37 a.m
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiga pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan terbabit
https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2004898

3. Malaysiakini
Tarikh : Sep 20, 2021 7:57 PM
‘Adakah SPRM siasat SPRM sendiri?’
https://www.malaysiakini.com/news/592093

4. MStar
Tarikh : Isnin, 20 September 2021 10:35 AM
SPRM sahkan 3 pegawainya ditahan reman dakwaan salah guna kuasa, penyelewengan dalam urusan kes
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2021/09/20/sprm-sahkan-3-pegawainya-ditahan-reman-dakwaan-salah-guna-kuasa-penyelewengan-dalam-urusan-kes

5. Utusan Malaysia
Tarikh : 20 September 2021, 10:26 am
Curi RM25 Juta : Tiada laporan 3 pegawai kanan SPRM direman
https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/curi-rm25-juta-tiada-laporan-3-pegawai-kanan-sprm-direman/

6. Harian Metro
Tarikh : Isnin, 20 September 2021 @ 7:22 PM
Tiga pegawai kanan SPRM disiasat larikan wang RM25 juta?
https://api.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/757218/tiga-pegawai-kanan-sprm-disiasat-larikan-wang-rm25-juta

Walaupun lebih dari lima media terkenal melaporkan perkara ini namun ianya kurang mendapat perhatian sehingga ditulis semula oleh EdisiSiasat.

7. FMT
Tarikh : September 20, 2021 7:30 AM
Tiada laporan pegawai SPRM curi barang kes USD6 juta, kata polis
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/20/tiada-laporan-pegawai-sprm-curi-barang-kes-usd6-juta-kata-polis/

8. Malaysiakini
Tarikh : September 20, 2021 7:30 AM
Polis: Tiada laporan dakwa pegawai SPRM curi duit bekas ketua perisik

https://www.malaysiakini.com/news/591997

 

Laporan FMT, Sep 20, 2021 7:30 AM .

Tiada laporan pegawai SPRM curi barang kes USD6 juta, kata polis

PETALING JAYA: Tiada sebarang laporan diterima setakat semalam berhubung tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mencuri barang kes berupa wang tunai USD6 juta sebagaimana ditularkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengambil maklum tentang isu tular berkenaan.

“Polis mengambil maklum tentang isu ‘viral’ berkaitan tiga pegawai kanan SPRM direman kerana terlibat dalam kes curi barang kes wang tunai berjumlah USD6 juta.

“PDRM ingin mengesahkan bahawa sehingga hari ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Abd Jalil berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan berita palsu.

Terdahulu, tular penulisan sebuah blog yang mendakwa tiga pegawai kanan SPRM ditahan reman membabitkan kes curi barang kes berupa wang tunai berjumlah USD6 juta.

Blog itu mendakwa terdapat laporan polis dibuat, namun tiada siasatan daripada pihak polis sebaliknya siasatan dalaman dilakukan SPRM selain mengaitkan kejadian itu dengan seorang lagi pegawai kanan dalam SPRM.

Menurut penulisan blog itu, kejadian itu membabitkan siasatan SPRM terhadap bekas Ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Ab Hamid.


Sebaran :

Leave a Reply