BN bukan macam PH, sejurus menang terus gugurkan kes

BN bukan macam PH, sejurus menang terus gugurkan kes

Ahmad Zahid Hamidi membidas seteru politiknya yang didakwa terus menabur fitnah berhubung surat aku janji yang kononnya wajib ditandatangani oleh semua calon Umno dan BN.

“Mereka fikir BN macam mereka agaknya sejurus menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan jadi kerajaan terus menggugurkan kes-kes mahkamah melibatkan pemimpin mereka,” kata presiden Umno itu dalam satu hantaran di Facebook, hari ini tanpa menyebut Pakatan Harapan (PH).

Namun adalah jelas kenyataan itu merujuk kepada pengerusi DAP Lim Guan Eng, yang dibebaskan sepenuhnya pada September 2018 daripada dua pertuduhan rasuah berhubung dakwaan penukaran status tanah negeri dengan pembelian sebuah banglo pada nilai di bawah pasaran.

Pada 2020, selepas kejatuhan kerajaan PH, Lim diheret ke mahkamah sekali lagi berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang. Kes itu sedang dibicarakan.

Sementara itu, Zahid, yang juga berdepan pertuduhan rasuah, berkata selepas pertukaran kerajaan pada 2018, pemimpin BN yang setia mempertahankan parti “dizalimi” manakala mereka yang tunduk serta patuh kepada PH “dibelai”.

“Sebab itu kita percaya lawan BN sedang takutkan bayang-bayang sendiri. Cemas kerana overthinking selepas apa mereka lakukan.

“Bimbang what you give you get back. Hentikanlah politik menipu dan merapu seperti ini,” katanya.

Menurut surat aku janji itu, calon BN diwajibkan berjanji untuk menyokong Zahid sebagai calon perdana menteri, menyokong pakatan dengan parti lain untuk membentuk kerajaan, dan menyokong pengguguran pertuduhan dan siasatan terhadap pemimpin Umno.

Pemimpin Umno menafikan kewujudan dokumen yang tular itu dan mendakwa sekalipun jika ada ia adalah palsu.

Sementara itu, Zahid menggesa musuhnya untuk menamatkan “politik menipu dan merapu” ini.

“Dulu mungkin mudah untuk mereka membohongi dan memperdaya rakyat dengan taktik sebegini.

“Hari ini rakyat Malaysia adalah masyarakat yang rasional dan mudah memahami antara kebenaran dan kebatilan. Tidak sukar mereka membaca pembohongan itu.

“Fitnah terbaru lawan BN ini menjadi bukti jelas lagi kukuh mengapa rakyat perlu menolak mereka dan pastikan mereka ini tidak menang apatah menjadi kerajaan semula,” katanya.

Dia turut mengingatkan supaya jangan membenarkan negara ini ditadbir oleh kerajaan yang ditubuhkan atas dasar fitnah dan penipuan kerana hampir pasti rakyat juga akan sekali lagi difitnah dan dibohongi. Mk

BN bukan macam PH, sejurus menang terus gugurkan kes


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker