Arwah Muhammad Hafiz sempat ‘update’ status mohon maaf

Arwah Muhammad Hafiz sempat ‘update’ status mohon maaf

KLANG – Seorang remaja lelaki yang terkorban akibat kenderaan pacuan empat roda melawan arus di Kilometer (KM) 8.6 Lebuh Raya Persekutuan pagi tadi dikatakan sempat memuat naik status memohon maaf di aplikasi WhatsApp tiga hari sebelum kejadian.

Tindakan Allahyarham Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, disifatkan sepupunya seolah-olah memberi petanda akan pergi selamanya.



Siti Harkom Yakob, 20, berkata, status arwah terakhir dimuat naik tiga hari lalu seterusnya membuatkannya pelik dengan tindakan arwah sepupunya itu.

“Dia tulis minta maaf sekiranya kalau dia buat salah dan silap mana-mana pihak.

“Namun, ketika kami berdua berhubung tiga hari lalu tidak pula saya menanyakan mengenai ‘update’ status WhatsApp itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Flat Kelompok Camar, Bandar Sultan Sultan Suleiman di sini hari ini.


Siti Harkom (kiri) bersama Muhammad Hafiz Syamir (kanan) bergambar bersama buat kali terakhir, Aidilfitri tahun lalu.



Kata Siti Harkom, kejadian menimpa arwah sepupunya amat mengejutkan berikutan telah lama tidak berjumpa dan hanya sekadar berhubung menerusi media sosial termasuk aplikasi WhatsApp

Bercerita lanjut, Siti Harkom yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Bertam, Pulau Pinang itu berkata, arwah dikatakan keluar dengan rakannya yang juga mangsa kejadian Allahyarhamah Nur Afiqah Abdul Karim, 18, kira selepas pukul 11 malam.

“Apa yang menyedihkan apabila kami bersama beberapa sepupu lain berjanji untuk pulang ke kampung halaman di Semporna, Sabah sekiranya kerajaan menbenarkan rentas negeri,” ujarnya. K Online

Arwah Muhammad Hafiz sempat ‘update’ status mohon maaf




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker