Lelaki hilang hampir 40 jam ditemui meninggal dunia

Seorang lelaki yang disedari hilang sejak awal pagi semalam ditemui telah meninggal dunia kira-kira lima kilometer dari lokasi barangan peribadinya ditemui di tepi Sungai Mahsan, di sini, petang tadi. – foto IHSAN POLIS

JEMPOL – Seorang lelaki yang disedari hilang sejak awal pagi semalam ditemui telah meninggal dunia kira-kira lima kilometer dari lokasi barangan peribadinya ditemui di tepi Sungai Mahsan, di sini, petang tadi.

Mangsa, Lee Chan Meng, 65, beralamat di Taman Mahsan ditemui oleh pasukan penyelamat terapung di Sungai Serting, Bandar Seri Jempol (BSJ) oleh pasukan bomba kira-kira pukul 4.55 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, anak mangsa berusia 27 tahun mendapati ayahnya telah keluar dari rumah kira-kira pukul 1.30 pagi dan sekitar pukul 4.30 pagi, anak mangsa mendapat panggilan telefon daripada dari bapa saudaranya yang mengatakan telah menjumpai kasut, cermin mata dan telefon bimbit mangsa berada di tepi Sungai Mahsan.

“Mangsa terus membuat laporan di Balai Polis BSJ dan pasukan bomba dari Bahau telah menggerakkan operasi mengesan mangsa di kawasan sungai sepanjang dua kilometer.

“Pasukan polis terdiri daripada pegawai serta anggota Balai BSJ dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) digerakkan dalam operasi penncarian di kawasan darat berhampiran taman dan tebing sungai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, khidmat Unit Pengesan Anjing (K9) telah dipanggil untuk mengesan mangsa di kawasan darat berdasarkan pada kasut, cermin mata yang ditinggalkan mangsa di tepi sungai. – KOSMO! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker