Pemimpin PPBM Muar nafi bantah ‘pemecatan’ Syed Saddiq

Majoriti 21 ahli jawatankuasa PPBM Bahagian Muar tidak membantah “pemecatan” ketuanya Syed Saddiq Syed Abd Rahman.

Menerusi kenyataan bersama 13 pemimpin peringkat bahagian itu berkata, kenyataan bahawa mereka sebulat suara menolak pemecatan Syed Saddiq juga tidak melambangkan pendirian rasmi mereka.

“Kami merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendakwa PPBM Bahagian Muar menolak pemecatan beliau.

“Kami ingin menjelaskan kami hadir dalam perbincangan dengan beliau hanyalah atas dasar menghormati adab Melayu. Tetapi kenyataan tersebut tidak melambangkan pandangan kami dengan tepat kerana beliau bukan lagi ahli parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mereka juga akur dengan keputusan di mana keahlian Syed Saddiq telah digugurkan.

“Kami tegas semua urusan parti mestilah berdasarkan perlembagaan parti. Maka oleh kerana parti mengumumkan keahlian YB Syed Saddiq telah gugur, kami akur dengan pandangan tersebut.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa baik YB Syed Saddiq selama ini. Kami akan meneruskan agenda memperkasa parti dan kami akan berbincang dengan ibu pejabat parti mengenai langkah seterusnya,” katanya.

Kenyataan bersama itu melibatkan:

1. Pengerusi Tetap Bahagian – Ahmad Atan

2. Timbalan Pengerusi Tetap Bahagian – Shamsudin Abd Rahman

3. Timbalan Ketua Bahagian – Basut Nin

4. Naib Ketua Bahagian – Zainudin Sayuti

5. AJK Bahagian:

Abu Bakar Al-Siddik Ahmad
Jamil Mohd Noh
Edzhar Jasmary
Khairil Anuar Md Noh
Mohammad Hatta Mahfodz
Kamariah Baharom
Mohd Sailan Daim
Mohd Hisyam Othman
Mohd Jasmi Awang
Semalam, menerusi satu kenyataan bersama oleh 21 ahli jawatankuasa bahagian itu, PPBM Muar berkata, ia sebulat suara menolak pemecatan Syed Saddiq kerana beliau tidak diberikan peluang untuk membela diri kepada lembaga disiplin parti.

Kenyataan itu berkata, keputusan menolak pemecatan tersebut dibuat dalam mesyuarat yang diadakan hari ini.

“PPBM Muar sebulat suara menolak pemecatan Ketua Bahagian Syed Saddiq dan memberi sokongan penuh kepada beliau.

Mereka juga berkata, krisis dalam PPBM hendak diselesaikan melalui pemilihan parti.

Turut lucut keahlian ialah bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, anaknya Mukhriz, Amiruddin Hamzah dan Maszlee Malik.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker