3 juta remaja akan divaksin sebelum sekolah buka tahun depan
3 juta remaja akan divaksin sebelum sekolah buka tahun depan
Kementerian Kesihatan menyasarkan tiga juta remaja di seluruh negara akan menerima vaksin Covid-19 sebelum pembukaan sekolah bagi sesi tahun 2022.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sasaran melengkapkan pemberian vaksin kepada tiga juga remaja di seluruh negara itu merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pihaknya.
“Kita akan cuba selesaikan pemberian vaksin kepada remaja-remaja berkenaan sebelum pembukaan sekolah pada Januari tahun depan.
“Untuk pembukaan sekolah bagi tahun ini, esok Menteri Pendidikan akan mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat.
“Sejajar dengan pengumuman itu, program vaksinasi turut akan dijalankan serentak,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, hari ini.
Terdahulu, Khairy membuat lawatan kerja di Pulau Pinang bagi membincangkan strategi kesihatan awam dan vaksinasi di negeri itu.
Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng serta Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.
Dalam perkembangan sama, Khairy memberitahu proses vaksinasi untuk remaja di Pulau Pinang akan bermula hujung bulan ini.
“Seramai 130,000 remaja di negeri ini akan menerima vaksin dan proses pemberian akan dilakukan di sekolah.
“Murid-murid akan dipanggil mengikut keutamaan yang telah kita kenal pasti dan mereka akan hadir ke sekolah dengan ditemani ibu bapa masing-masing untuk mendapatkan suntikan vaksin.
“Jadual bagi pemberian vaksin kepada remaja di negeri lain akan dimaklumkan minggu depan,” jelas beliau. MG
3 juta remaja akan divaksin sebelum sekolah buka tahun depan
Baca Artikel Menarik :
- Aksi ngeri pengantin bergambar di tebing curam
- Bencana Gunung Jerai akibat aktiviti khurafat dan pemujaan?
- 10 Akhlak Rasulullah s.a.w. Yang Harus Diteladani
- Cuepacs: Tommy Thomas amat jelik
- Muhyiddin memang fighter, tapi jenis manipulator
- Muhyiddin begitu terdesak – Khaled
- PM yang calonkan nama saya – Ahmad Maslan
- Pembangkang patut terima janji Ismail, letak syarat rencat reformasi
- Dana politik: Saya jadi mangsa Muhyiddin
- Nano mist spray, tak ada guna pun – Dr Izzar
- Resepi Daging Masak Merah Confirm Terliur
Layari Laman Facebook MYKMU
Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim
You must be logged in to post a comment.