Muhyiddin dan Wan Saiful penipu besar, Peguam Najib hantar surat tuntutan
Oleh Nurul Aisyah
KESABARAN semua orang ada batasannya. Begitu juga dengan Datuk Seri Najib (DSN).
Kamu boleh kritik dan kecam saya tetapi jangan fitnah saya lagi. Sebab saya telah bosan dengan fitnah-fitnah yang tak henti-henti, penggunaan propaganda media serta penyalahgunaan agensi kerajaan terhadap saya.
Najib Razak
9 Sept 2021
Sudah sampai masanya DSN menjawab segala tohmahan yang tidak masuk akal berserta dengan tindakan undang-undang sekali. Fitnah tersebut sanggup dibawa dalam perutusan khas dalam TV bahawa kononnya DSN pernah minta campur tangan PM ke 8 dalam kes-kes mahkamah beliau. DSN telah menghantar surat tuntutan terhadap Muhyiddin Yassin melalui peguam beliau berkenaan perkara tersebut.
Surat tersebut menuntut Muhyiddin menjawab secara jelas jika beliau yang salurkan “khabar angin” berkenaan DSN kepada Wan Saiful. Muhyiddin juga dituntut agar mengulas bila dan bagaimana DSN pernah minta beliau campur tangan dalam kes-kes mahkamah DSN.
Langkah seterusnya bergantung kepada jawapan yang bakal diberi oleh Muhyiddin.
Tuduhan yang mengatakan DSN mahu Muhyiddin campur tangan dalam perbicaraan beliau dibuat dengan andaian kononnya DSN mahu hakim ditukar dalam kes rayuan SRC bukan untuk gugurkan kes.
Oleh itu, DSN tuntut agar Muhyiddin nyatakan bila beliau pernah minta Muhyiddin tukar hakim sedangkan sejak awal tahun DSN dan UMNO tidak lagi berhasrat bersama kerajaan PN yang berkali-kali gagal.
Sejak penubuhan kerajaan PN sehingga sekarang, DSN juga hanya pernah bertemu dengan Muhyiddin sekali sahaja pada akhir Disember 2020. Sebelum itu tidak pernah, selepas itu pun tidak pernah.
DSN pergi berjumpa Muhyiddin pada bulan Disember untuk perjelaskan isu pengeluaran wang KWSP dari akaun 1 yang banyak syarat ketika itu.
Ini surat balasan dari peguam Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan.
Apabila Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan dituntut beri bukti dalam mahkamah, mereka jawab pula bahawa mereka cuma dengar dari khabar angin. Tak ada bukti. Sekadar tanya soalan sahaja. Kononnya nak beri peluang DSN jawab. Bahawa ini hak kebebasan mereka untuk bertanya di bawah perlembagaan persekutuan. Itu jawapan Wan Saiful.
Dengan merujuk jawapan rasmi peguam Wan Saiful, maka peguam DSN juga telah menghantar surat tuntutan yang sama kepada PM8.