Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)
Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)
Pada minggu ini kisah sebuah lori melanggar beberapa buah kenderaan masih hangat menjadi bualan orang ramai, lebih-lebih lagi selepas melihat pemandu kereta Perodua Myvi berjaya keluar daripada kenderaan dengan selamat.
Jika dilihat pada keadaan kereta Myvi tersebut, amat mustahil untuk seseorang dapat keluar daripada kenderaan yang sudah hancur remuk tanpa sebarang kecederaan parah.
Baru-baru ini salah seorang rakan kepada pemandu Myvi telah berkongsi beberapa klip video di TikTok yang mana dia telah menghubungi pemandu itu untuk bertanya khabar dan kisah lebih lanjut mengenai kemalangan tersebut.
Menurut pemandu itu atau lebih dikenali sebagai Nik, dia sudah pun keluar daripada hospital selepas membuat rawatan lanjut setelah kemalangan ngeri berlaku kepada dirinya.
[videopress mRw4tNqR]Tambah Nik lagi, hasil rawatan lanjut mendapati hidungnya patah, mulut perlu dijahit dan baru sekarang beberapa bahagian di badannya terasa sakit kesan impak hentaman kuat lori pasir tersebut.
Muka Nik turut mengalami bengkak bengkil akibat sistem keselamatan beg udara kereta Myvi terbuka sejurus lori itu menghentam bahagian belakang keretanya.
Rakan Nik menyatakan ramai orang mengatakan kereta Nik tidak mempunyai sistem keselamatan beg udara, namun Nik menyangkalnya dengan menyatakan sekiranya kereta tersebut tidak mempunyai airbag, mungkin dia tidak akan terselamat dalam kemalangan ngeri tempoh hari.
Pada masa yang sama Nik mengucap syukur kepada Allah S.W.T memanjangkan usianya kerana semasa insiden terjadi, rempuhan lori itu menghancurkan struktur kereta Myvi itu betul-betul sehingga di bahagian belakang tempat duduk pemandu dan pada masa yang sama keretanya tidak meletup.
Rata-rata ramai orang kagum melihat Nik boleh keluar daripada tingkap hadapan yang sudah pecah. Namun sebenarnya, dia meminta pertolongan orang ramai di tempat kejadian untuk ‘membuka’ laluan supaya Nik boleh keluar daripada keretanya yang hancur remuk itu.
“Tak boleh keluar juga dari tingkap waktu itu, kereta itu sudah remuk jadi bentuk ‘V’. Lepas itu saya minta tolong orang ramai tarik kereta itu untuk besarkan ruang, barulah saya boleh keluar,” terang Nik kepada rakannya melalui perbualan telefon.
Apabila ditanya mengenai pemandu lori yang melanggarnya, Nik menyatakan dia sendiri langsung tidak tahu bagaimana dengan pemandu tersebut dan hanya memaklumkan akan membuat laporan polis pada hari berikutnya.
Sebelum mengakhiri perbualan, Nik sekali lagi mengucapkan syukur kerana terselamat daripada kemalangan ngeri yang menimpa dirinya baru-baru ini. Bagi Nik, kejadian tersebut umpama satu ‘keajaiban’ yang dia tidak akan lupa sampai bila-bila.
Orang ramai rata-rata kagum mendengar cara Nik berbual dengan cukup tenang dan sopan-santun semasa berkongsi keadaan terkini dirinya. Pada masa yang sama netizen memuji Nik kerana dia tidak ‘menunjukkan’ sebarang nada perasaan marah apabila diajukan soalan mengenai pemandu lori yang hampir menyebabkan dia kehilangan nyawa.
Mari kita semua sama-sama mendoakan Nik cepat sembuh seperti sedia kala dan mendapat ganti rugi yang setimpal daripada pihak yang bertanggungjawab. Vc
Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)
Baca Artikel Menarik :
- Enakmen Lompat Parti Perlu Dilaksanakan – Tok Mat
- Buka sekolah tahun depan saja, sekarang tumpu vaksin pelajar – PIBGN
- Muhyiddin sudah diberi peluang selama 17 bulan
- Amirudin perlu letak jawatan, cemari nama baik Sultan
- Setiap penyakit ada ubatnya
- Umno dibelenggu bayangan #KerajaanGagal
- Anak gadis Fiza Halim cantik, curi tumpuan
- Minah kilang sekarang tauke Leedee
- 1BestariNet, siasat segera demi kepentingan umum
- Muhyiddin ‘sangat marah’, desak peletakan jawatan saya kerana kontrak YTL, kata Maszlee
- Resepi Roti Chicken Floss Lembut Gebu
Layari Laman Facebook MYKMU