Polis buru pesakit Covid-19 larikan diri
Polis buru pesakit Covid-19 larikan diri
Lahad Datu: Polis giat mengesan pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Lahad Datu (HLD) di sini, semalam.
Lelaki berusia 30 tahun dikenali Firdaus Abdul Halim disedari hilang pada 8.07 malam ketika proses dokumentasi dilakukan oleh pihak hospital.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, pesakit itu dihantar ke Jabatan Kecemasan HLD selepas mengadu demam dan hilang deria rasa.
Katanya, ujian saringan Covid-19 yang dilakukan ke atasnya kemudian mendapati dia positif wabak itu.
“Namun, ketika proses dokumentasi sedang dibuat, pesakit didapati melarikan diri dan pegawai perubatan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Rohan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pesakit itu supaya menyalurkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.
Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
“Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang membawa penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali sabit kesalahan,” katanya. HM
Polis buru pesakit Covid-19 larikan diri
Baca Artikel Menarik :
- Enakmen Lompat Parti Perlu Dilaksanakan – Tok Mat
- Buka sekolah tahun depan saja, sekarang tumpu vaksin pelajar – PIBGN
- Muhyiddin sudah diberi peluang selama 17 bulan
- Amirudin perlu letak jawatan, cemari nama baik Sultan
- Setiap penyakit ada ubatnya
- Umno dibelenggu bayangan #KerajaanGagal
- Anak gadis Fiza Halim cantik, curi tumpuan
- Minah kilang sekarang tauke Leedee
- 1BestariNet, siasat segera demi kepentingan umum
- Muhyiddin ‘sangat marah’, desak peletakan jawatan saya kerana kontrak YTL, kata Maszlee
- Resepi Roti Chicken Floss Lembut Gebu
Layari Laman Facebook MYKMU