Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie, Presiden UMNO tiada liabiliti jenayah

 

Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie, Presiden UMNO tiada liabiliti jenayah. Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dalam semua 12 pertuduhan pecah amanah (CBT) yang dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, membabitkan dana Yayasan Akalbudi kerana bekas pembantunya yang mempunyai kawalan ke atas buku cek milik yayasan dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Peguam Hamidi Mohd Noh, yang mewakili Ahmad Zahid berkata, pengeluaran 52 keping cek dalam pertuduhan CBT itu dikaitkan dengan bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly, yang juga saksi pendakwaan ke-90 (SP90).

“Bagi 12 tuduhan CBT, SP90 ialah saksi pendakwaan yang paling penting kerana pada waktu berkenaan, beliau mengendali urusan kewangan Yayasan Akalbudi, terutama ketika membuat pembayaran untuk akaun Yayasan.

“Mejar Mazlina mempunyai kawalan penuh, pemilikan dan jagaan ke atas semua buku cek milik Yayasan Akalbudi dan tertuduh. Dan, beliaulah satu-satunya yang memegang kunci laci tempat cek itu disimpan. Malah tertuduh sendiri tidak memiliki kunci itu.

“Keterangan SP90 beliau juga menguruskan hal-hal peribadi tertuduh, terutama urusan kewangan peribadi tertuduh, termasuk cek peribadinya.

“Tugas-tugas ini dipikulnya setelah pemindahan tugas daripada Datuk Rosnah (setiausaha eksekutif tertuduh sebelumnya) kepada SP90,” katanya semasa berhujah pada akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Hamidi berkata, dapat disimpulkan bahawa tertuduh sendiri tidak memiliki kebebasan atau akses untuk menyediakan cek berkenaan.

“Penelitian mengenai bagaimana dan mengapa cek itu dikeluarkan, akan menunjukkan liabiliti jenayah tidak dapat dikaitkan dengan tertuduh,” hujahnya.

Peguam itu berkata daripada 52 keping cek itu, 44 berkaitan dengan caj kad kredit.

Hamidi seterusnya berhujah, tidak ada liabiliti jenayah terhadap tertuduh berkenaan dengan 32 keping cek dicap yang digunakan untuk pembayaran kad kredit.

Beliau berkata, anak guamnya tidak meletakkan tanda tangan yang dicap pada semua 32 keping cek itu, malah tiada bukti cap itu ada di tangan tertuduh tetapi bukti yang jelas menunjukkan SP90 melakukannya.

“Kebersalahan itu pada SP90 kerana beliau secara cuai meletakkan cap pada cek. Walaupun ada keterangan tertuduh memberikan kebenaran (yang dibantah), keterangannya mengenai hal ini serta lainnya yang beliau berusaha untuk mengaitkan tertuduh tidak memberikan keyakinan.

“Ada sebab lain mengapa keterangan SP90 yang menyatakan tertuduh bersetuju untuk menggunakan ‘cap’ bagi tujuan cek tidak boleh dipercayai. Alasannya ialah pihak pendakwaan tidak mengemuka sebarang kebenaran kepada bank untuk menjelaskan ceknya dengan tandatangan yang dicap dan bukannya ditulis tangan,” katanya.

Ahmad Zahid, 68, menghadapi 47 tuduhan,12 membabitkan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 atas dakwaan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Bagi 12 tuduhan CBT, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat pembayaran bil kad kredit peribadi, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, selain kiriman wang kepada firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pihak pembelaan akan meneruskan hujah esok

Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie, Presiden UMNO tiada liabiliti jenayah


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

 

 

Jangan terburu-buru buka sekolah, kata Ahmad Zahid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker